"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wajah sebenar Michael Jackson?


WAJAH asal Jackson (kiri) dan pada 2009. Gambar kanan, jika masih hidup dan tidak melakukan pembedahan.
Los Angeles: Asalnya cuma satu prosedur untuk mecantikkan hidung, namun legenda pop Michael Jackson kemudian menghabiskan 30 tahun usianya melakukan lebih 100 pembedahan kosmetik ‘membetulkan’ wajah yang akhirnya semakin jauh daripada yang asal.

Ada yang berpendapat dia mahu kelihatan seperti sahabat dan idolanya, Diana Ross, tetapi tidak kurang juga rakannya menganggap Jackson sekadar tidak ingin menyerupai ayah yang dibencinya.

Semuanya didedahkan dalam dokumentari baru mengenai obsesi Jackson untuk mengubah wajahnya kerana dipercayai menghidap sindrom ‘body dysmorphic disorder’ (gangguan dismorfia badan).

Ia memaparkan wajah Jackson sekiranya masih hidup hari ini tanpa melalui sebarang pembedahan kosmetik.

Malangnya, pada saat kematian pada 2009 identiti Jackson seolah-olah terus lenyap termasuk sebagai lelaki berketurunan Afrika Amerika. 
-Agensi/hmetro-

Tiada ulasan: