"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Program Pegang Anjing Yang Melibatkan Wanita Bertudung Di Pulau Pinang (Gambar)

Be A Paw Walker - Penang Times Square
Kuala Lumpur:Kempen ‘Be A Paw Walker’ yang diadakan di Penang Times Square baru-baru ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai penjagaan anjing liar sebagai haiwan peliharaan.

Program anjuran sekumpulan pelajar Diploma dari Han Chiang College itu turut mendapat kerjasama dari sebuah badan bukan kerajaan (NGO) ‘Save Our Strays.

Salah satu gambar yang diterima SuaraTV menunjukkan seorang gadis melayu bertudung sedang memeluk seekor anjing dan masih menunggu maklumbalas dari pihak penganjur berhubung penyebaran gambar tersebut.

Penolong Ketua Projek, Tang Ching Yee ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi berkata sepanjang kempen tersebut diadakan hanya seorang gadis Melayu yang datang.

“Seingat saya, sepanjang kempen hanya seorang sahaja gadis Melayu yang datang, dia datang semalam (Ahad) bersama seorang rakan lelaki berbangsa Cina.

“Dia tidak ambil anjing liar untuk bela, hanya datang untuk bergambar sebelum beredar tidak lama selepas itu” ujarnya lagi.

Akhbar The Star sebelum ini melaporkan, Ching Yee berharap agar kempen yang diadakan itu mampu menggalakkan kasih sayang terhadap haiwan liar terutamanya anjing.

“Kami mahu menghapuskan pandangan negatif terhadap anjing liar.

“Orang ramai yang bersetuju untuk menjaga anak-anak anjing liar itu turut diberi sijil penghargaan,” tambah beliau memetik laporan yang dikeluarkan akhbar tersebut.

Terdahulu sebuah NGO telah menganjurkan program ‘I Want Touch A Dog’ yang diadakan tahun lalu yang kemudiannya mengundang kontroversi dan dikecaman hebat oleh masyarakat.

Susulan itu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata akan menjalankan siasatan terperinci berhubung penganjuran tersebut yang berlangsung di Central Park, One Utama.

Menurut Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha itu tidak sepatutnya berlaku dan pihaknya kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak penganjur yang tidak prihatin dengan sensitiviti umat Islam di negara ini.

Katanya, Islam di Malaysia yang berpegang teguh kepada Mazhab Syafie sudah jelas memperincikan bahawa anjing dan babi itu tergolong dalam najis mughallazah (berat). 
-SUARA TV-

Tiada ulasan: