"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Malaysia keluar kereta elektrik akhir tahun depan

Malaysia keluar kereta EV akhir tahun depanKUALA LUMPUR: Sebuah syarikat Malaysia bakal mengeluarkan kereta elektrik (EV) berjenama tempatan menjelang akhir tahun 2016.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Madani Sahari, berkata pengeluaran kereta berkenaan sejajar dengan pelan pembangunan kenderaan elektrik tempatan yang dirangka MAI untuk memacu negara menjadi hab pengilangan EV serantau.

Pembangunan prototaip bateri litium ion untuk EV berkenaan kini berjalan lancar dan dijangka sedia dikeluarkan tidak lama lagi

"Pembangunan EV pula akan bermula akhir 2016, manakala prototaip Bas Elektrik (E-bus) sudah bermula tahun lalu dan sedia digunakan pada suku ketiga tahun ini.

"Ini adalah perkara utama yang akan melonjakkan Malaysia menjadi peneraju pengilangan EV di rantau ini kerana komponen ini sangat kritikal bagi merendahkan kos pengeluaran serta harga kenderaan mesra alam ini pada masa depan," katanya kepada BH di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Madani berkata, peserta industri global berminat dengan dasar negara terhadap kenderaan cekap tenaga (EEV) dan hala tujunya.

Katanya, rata-rata daripada mereka ingin mengetahui lebih lanjut berhubung fokus kenderaan, proses serta enam hala tuju EEV yang akan diterapkan dalam semua rantaian bekalan pengeluaran di negara ini.

Beliau berkata, minat peserta industri global itu bakal memberi impak kepada ekonomi Malaysia termasuk pelaburan, peluang pekerjaan, eksport dan pengkomersialan teknologi.

"Beberapa pengeluar peralatan tulen (OEM) sudah menerima insentif yang disesuaikan dengan pelaburan mereka, manakala beberapa lagi permohonan OEM sedang di proses.

"Berdasarkan data yang dikeluarkan Persatuan Automotif Malaysia (MAA), OEM yang kini terbabit dalam inisiatif ini terbukti meraih penguasaan pasaran lebih tinggi berbanding prestasi tahun sebelumnya," katanya. 
- BH 

Tiada ulasan: