"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sebenarnya kerajaan tahu apa yang berlaku kepada MH370 dakwa Ambiga

Bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan mendakwa kerajaan Malaysia mengetahui apa yang berlaku kepada pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang setahun lalu akan tetapi tidak mendedahkannya kepada umum.
Ambiga bagaimanapun berkata, kerajaan Malaysia mungkin tidak mengetahui di mana pesawat malang yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu berada.

“Mereka mungkin tidak tahu di mana pesawat itu berada tetapi mereka tahu apa yang terjadi pada hari kejadian. Sekurang-kurangnya berikan beberapa fakta mengenainya,” katanya pada satu forum “Malaysia Mengharungi Cabaran” di Menara PKNS, Petaling Jaya hari ini.

Bekas pengerusi bersama Bersih 2.0 itu mendakwa kehilangan pesawat MH370 dikendalikan dengan amat teruk oleh kerajaan Malaysia.

“MH370 dikendalikan dengan amat teruk kerana sehingga kini mereka tidak mahu mendedahkan mengenainya kepada semua orang, lapor The Malaysian Insider.

“Kenapa kami tidak boleh tahu perkara yang sebenar?” soalnya. 
-KLPost-

Tiada ulasan: