"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nurul Izzah jadi ‘ketua pembangkang’ di Parlimen esok

DIYANA IBRAHIM
Ahli Parlimen pembangkang yang majoritinya berpakaian hitam bangun ketika keberangkatan masuk Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam merasmikan sidang Dewan Rakyat, pagi ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 9 Mac, 2015.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengesahkan beliau akan menjadi "ketua pembangkang" di Sidang Dewan Rakyat esok, menggantikan bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membahaskan titah diraja.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, tidak ada sebab beliau tidak boleh mewakili bapanya dalam membahaskan titah Agong di Parlimen esok, kecuali dihalang pihak tertentu.

"Saya akan bacakan ucapan ketua pembangkang bagi menyampaikan suara Permatang Pauh (kawasan Parlimen diwakili Anwar) di dalam Dewan esok.

"Saya tidak nampak ada halangan saya mewakili beliau kerana sebelum ini Datuk Saifuddin Nasution juga pernah mewakili Anwar membacakan ucapan ketua pembangkang," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
-malaysianinside-

Tiada ulasan: