"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Prof Madya Dr Mariani: Mengapa hanya bising bila nampak lurah faraj (Gambar)

Farah Ann Abdul Hadi menjadi sasaran kutukan selepas gambarnya dimuatnaik dalam Facebook program berita TV3. – Gambar The Malaysian Insider, 13 Jun, 2015.
Farah Ann Abdul Hadi menjadi sasaran kutukan selepas gambarnya dimuatnaik dalam Facebook program berita TV3. – Gambar The Malaysian Insider, 13 Jun, 2015.

Pakar psikologi meminta masyarakat Malaysia bersikap adil terhadap gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi selepas gambarnya di Sukan Sea di Singapura dalam pakaian yang menampakkan lurah faraj menerima kritikan pengunjung laman sosial.

Pakar Psikologi di Jabatan Psikologi Perkembangan Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Mariani Mohd Nor berkata, sifat menghentam dan suka melihat keburukan orang lain dilihat satu fenomena biasa bagi tujuan sensasi.

"Selalunya, ini memang biasa bagi sifat manusia. Kita tidak nampak kebaikan namun nampak keburukan, rakyat kita memang bising bila ada aksi atau gambar yang menunjukkan lurah faraj, tetapi diam sahaja bila tengok drama atau filem yang melakonkan aksi peluk-peluk. Tetapi realitinya memang kita tahu keadaan berpakaian begitu memang haram," katanya seperti dilaporkan portal Astro Awani Online.

"Namun apa beza apabila melihat lelaki dan perempuan berpelukan? Adakah itu tidak disensasikan juga, kalau kita lihat drama atau filem, ini memang berlaku dalam apa yang kita tonton seharian.
"Contohnya suami isteri yang berlakon berpelukan sehingga ada babak di ranjang, mengapa itu tidak disensasikan juga? Aksi gimnas itu mungkin tidak disengajakan atau memang rakyat sengaja mencari isu sensasi, itu hakikatnya," katanya kepada portal itu.

Bagaimanapun, ada juga pengguna media sosial menyifatkan Farah sudah mengharumkan nama negara dengan pingat emasnya selain tidak bersalah kerana memakai pakaian yang bertepatan dengan sukan yang disertainya.

Menurut portal itu, Mariani turut meminta orang ramai tidak menyalur perasaan marah mereka di media sosial sekali gus memburukkan keadaan.

"Kalau yang komen itu orang alim sekali pun, apabila dia sudah memberi komen di media sosial dan ulasan mengenai sesuatu isu itu kemudian ditokok tambah pembaca lain, pasti ia akan memburukkan lagi keadaan.

"Memang sikap manusia suka mengupas isu-isu sensitif namun di sebalik itu haruslah diambil iktibar dan lihat dalam konteks jika ia terjadi kepada anak, isteri atau ahli keluarga kita sendiri.

"Secara logiknya, takkan kita hendak bermain gimnastik dalam keadaan berjubah, masyarakat sebegini hanya menunggu masa hendak memberi kupasan hebat dan mensensasikan isu, kata orang tunggu hendak petik suis sahaja," katanya.
-malaysianinsider-

2 ulasan:

Gedohom berkata...

Dr ni pun kurang bijak lah. kalau lelaki nampak lurah faraj ,tapi takda apa2 reaksi makna lelaki dah ,mati pucuk, le doktor.

Unknown berkata...

orang bukan islam lagi suka dan menyokong laa..klu orang silam sendiri menafikan dan mempertahankan farah tu..mknanya akidah orang tu perlu di"cuci" dengan "klorox" atau "dettol"...lelaki mna yg terangsang bodo bile tgok betine mcm tu tayang sana sini..semoga kau bertaubat laa farah..org menegur je, at least org tu dah lepas!!..