"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Mat Taib ambil sikap tunggu dan lihat, belum putus tinggalkan PAS

HASBULLAH AWANG CHIK
Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib masih belum buat keputusan tinggal PAS atau tidak dan mahu beri peluang kepada kepimpinan baharu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Jun, 2015.Tan Sri Muhammad Muhd Taib masih belum membuat keputusan sama ada untuk meninggalkan PAS atau tidak kerana beliau hendak melihat dulu apa yang bakal terjadi di bawah kepimpinan baharu parti itu yang selepas muktamar lalu dibarisi pemimpin daripada kalangan pro ulama.
Bekas menteri besar Selangor itu berkata, peluang perlu diberikan kepada kepimpinan PAS yang baharu itu bagaimana mahu mencorakkan parti dan bentuk objektif yang ingin diperjuangkan.

“Saya belum ada apa-apa keputusan lagi. Kita beri 'benefit of the doubt' pada kepimpinan yang baharu ini, mereka sudah pun diberi mandat.

"Saya tidak mahu bincang mengenai cara pemilihan ini. Ada macam-macam tentang cara pemilihan ini yang kita dengar," katanya kepada The Malaysian Insider.
Muhammad yang juga dikenali sebagai Mat Taib berkata, perwakilan sudah pun membuat keputusan sebijak-bijaknya dan mereka perlu bertanggungjawab terhadap masa depan parti itu selepas ini.

Katanya, perwakilan sudah pun membuat keputusan sama ada mahu melihat PAS menerajui negara bersama Pakatan Rakyat (PR) atau terus berdiri sebagai satu entiti politik.

“Inilah keputusan muktamar tahun ini. Masing-masing boleh buat interpretasi mengenai keputusan ini. Saya berharap pimpinan baru dapat memimpin sebaik-baiknya.

“Sama ada mereka terikut-ikut dengan 'chai' atau ini keputusan mereka, mereka bertanggungjawab memilih pemimpin yang dianggap baik.

“Saya tak kecewa, cuma kita tengok natijah selepas ini. Apa hala tuju, apa perjuangan yang mereka nak bawa," katanya.

Bekas naib presiden Umno itu pada hujung bulan lalu memberi amaran PAS bakal dipinggirkan golongan profesional selepas Muktamar Tahunan ke-61 parti itu yang berakhir semalam.

Kenyataan itu dibuatnya selepas mengkritik sesetengah pemimpin PAS yang pakar dalam agama, tetapi menurutnya jahil ilmu ekonomi dan perkembangan semasa negara.

"Kalau selepas ini PAS buang golongan profesional, selepas ini golongan profesional tidak mahu masuk PAS lagi," katanya.

Mat Taib sebelum ini berkata, mereka yang menghafal Al-Quran dan hadis, tetapi tidak dapat memahami isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak layak memimpin negara.

Disebabkan perkara itu, beliau dilaporkan mengaku mula hilang minat dengan PAS.

Bagaimanapun, katanya sebelum ini, beliau akan menunggu sehingga selesai muktamar untuk menilai barisan kepimpinan baru PAS itu.

Namun, pada sebuah forum kemudiannya, Mat Taib menjelaskan beliau bukannya "merajuk" dengan PAS seperti sangkaan sesetengah pihak.

"Bukan saya tidak minat dengan PAS, tetapi tidak minat perangai sesetengah pimpinan PAS," katanya.
-malaysianinsider-

1 ulasan:

andah berkata...

Kalau nak tinggalkan jemaah, silakan. Sapa pun x larang. Yang rugi kamu bukan ahli2 PAS yg lain.