"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ada presiden persatuan bolsepak tak tahu pun bola bulat atau empat segi?'

Teknik ketinggalan zaman antara masalah menghantui pasukan bola sepak negara, begitu penelitian Tengku Mahkota Johor Brigadier Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Pengerusi Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) itu berkata kebanyakan akademi dan pusat latihan bola sepak masih mengamalkan teknik 1980-an yang menyebabkan kurangnya penguasaan teknik asas pemain.

Baginda juga berkata jika pasukan-pasukan di Malaysia dan badan induk pentadbir bola sepak kebangsaan menggunakan kaedah betul dan memperuntukkan perbelanjaan sepatutnya, nasib pasukan negara akan berubah.

“Ingatlah bahawa pengalaman telah meletakkan kita dalam kedudukan sekarang, tetapi inovasi mampu mengubahnya,” titah baginda.

Antara masalah lain, Tunku Ismail juga mengenal pasti terdapat kekurangan daripada aspek kekuatan asakan, lompatan dan mengawal pegangan bola.

“Di sini kita dapat melihat pemain pasukan kebangsaan dan kebanyakan pasukan di Malaysia terburu-buru untuk membuat hantaran jauh kerana kurang keyakinan diri,” katanya.

'Pandangan budak mentah'

Selain itu, kurangnya pengetahuan asas bola sepak di kalangan pemain berpunca daripada jurulatih yang kurang berpengetahuan dan kefahaman kemahiran taktikal.

Dalam kenyataannya hari ini, Tunku Ismail mengumumkan Johor akan meneladai pengalaman Jerman yang menaikkan mutu permainan melalui akademi-akademinya.

Johor menandatangani perjanjian usahasama dengan Borussia Dortmund, selain memanfaatkan kepakaran kelab-kelab lain seperti Valencia, Manchester City, Riverplate dan FC Tokyo.

“(Pasukan) JDT (Johor Darul Takzim) akan menangani masalah para pemain dan jurulatih tempatan, termasuk pasukan kebangsaan.

“Akademi kita dan modul latihan yang bakal dilaksanakan, akan membantu bukan sahaja para pemain dan jurulatih tempatan, malahan juga pasukan kebangsaan,” katanya.

Beliau juga berkata membentangkan laporan dan pemerhatian itu untuk berkongsi kepakaran dan visi JDT bersama ahli jawatankuasa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta sesetengah presiden persatuan-persatuan bola sepak “yang tidak tahu sama ada bola itu bulat atau empat segi”.

“Inilah pandangan budak mentah dan orang yang paling dibenci dalam bola sepak Malaysia ini,” kata baginda.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: