Kuala Lumpur:Model dan pelakon jelita Felixia Yeap atau nama Islamnya Raisyyah Rania Yeap mengejutkan ramai peminatnya apabila memaklumkan telah pun sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya pada 6 Jun lalu.Menurut entri Instagram, majlis pernikahannya dikatakan dibuat secara kecil-kecilan dan hanya dihadiri oleh keluarga serta rakan terdekat.
“Ia sebuah acara yang sangat ringkas. Alhamdulillah dan saya turut menyolek sendiri wajah semasa bernikah,” katanya.
Bagaimanapun, Felixia Yeap atau kini mesra disapa Rara dilihat tidak begitu mendedahkan identiti suaminya.
Namun entah bagaimana, gambar dan identiti suaminya telah mula bersebar di laman sosial dan menjadi bualan hangat.
Menurut sumber tertentu, suami Rara yang dikenali sebagai Dr Rezal Khairi Ahmad merupakan CEO kepada sebuah agensi yang dipanggil NanoMalaysia Berhad, menurut sumber Mynewshub.
Biodata Dr Rezal Khairi Ahmad Suami Felixia Yeap
Nama Penuh : Rezal Kahiri Bin Ahmad
Gelaran : Dr (Doktor Falsafah Phd)
Jawatan : Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NanoMalaysia Berhad
Kareer : Bekas Pensyarah UNITEN
Asal : Kuala Lumpur
Pendidikan : PhD dalam bidang nanotechnology, Electronic/ Electrical Engineering dari London Centre bidang Nanotechnology dan Master’s Degree dalam bidang Electrical Engineering di Universiti Tenaga Nasional Berhad (Uniten)
-klpost-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan