Seorang kanak-kanak berusia 6 tahun menjadi mangsa ‘penampar’ seorang askar pengiring selepas menghadiahkan sejambak bunga kepada Ratu Elizabeth ketika kunjungan pemerintah England itu ke Cardiff untuk satu majlis anjuran Regimen Askar Diraja Cardiff.
Maisie Gregory yang nampak sangat comel dengan gaun tradisi Wales, berada di tepi askar pengiring berkenaan ketika kejadian yang tidak disengajakan itu berlaku.
Sebaik Maisie menyerahkan bunga itu kepada Ratu, askar berkenaan terus mengangkat tabik hormat dan tanpa disengajakan, dia ‘tertampar’ Maisie.
Jika dilihat pada video-video yang tersebar di laman Youtube, dapat dilihat dengan jelas betapa kuat tamparan itu, apatah lagi untuk seorang kanak-kanak berusia 6 tahun.Askar berkenaan bagaimanapun telah meminta maaf daripada Maisie dan ibunya, Joanna.
Bapa Maisie merupakan ketua askar pengiring yang berkawad dari Istana Cardiff ke Millenium Stadium, sempena menyambut kedatangan Ratu Elizabeth ke acara tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan