"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ha ha ha..Pak Lebai ketua DUP ini salahkan perwakilan lulus usul tanpa dibahaskan

Jangan salahkan Dewan Ulama: Dr Mahfodz
Dr Mahfodz MohamedSHAH ALAM: Dewan Ulama Pas tidak seharusnya dipersalahkan kerana mencadangkan usul memutuskan hubungan dengan DAP yang telah dilulus tanpa dibahaskan dalam muktamar tahunan parti itu minggu lalu.
Ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, sebaliknya muktamar yang perlu dipertanggungjawabkan kerana bersetuju menerima usul itu tanpa melalui sesi perbahasan.

“Kalau boleh, memang Dewan Ulama mahu usul itu dibahaskan supaya kita boleh dapat pandangan dan bincang tentang kesan kepada parti jika usul itu dilaksanakan.

“Tetapi, apabila muktamar buat keputusan lulus tanpa bahas, kita terpaksa terima walaupun terkilan. Jadi, sekarang, harap Dewan Ulama tidak dipersalahkan kerana ia sudah jadi tanggungjawab muktamar,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Bendahari Pas Pusat, Asmuni Awi, kelmarin mengatakan Dewan Ulama perlu mengakui kesilapan meluluskan usul tersebut sehingga menyebabkan masalah terhadap Pas berhubung kedudukan wakil parti itu dalam kerajaan di Selangor dan Pulau Pinang.

Mengulas lanjut, Mahfodz berkata, isu itu timbul kerana usul tersebut tidak dibahaskan.

“Kalau dibahaskan, mungkin akan disebut mengenai akibat-akibat itu. Dalam hal ini, jawatankuasa usul yang sepatutnya menjelaskan sebab usul itu diterima tanpa bahas,” katanya.

Bagaimanapun katanya, keputusan muktamad pelaksanaan usul itu hanya boleh diumumkan selepas Majlis Syura Ulama bermesyuarat.

“Sekarang keputusan masih tergantung, belum ada kata putus. Saya sendiri tidak pasti bila mesyuarat itu akan diadakan, mungkin lama lagi.

“Sebab itu, kita minta rakan-rakan di Pulau Pinang dan Selangor bersabar dan jangan buat keputusan terburu-buru,” katanya.

Dalam pada itu, beliau tidak menolak cadangan agar satu muktamar khas diadakan bagi membincangkan semula usul tersebut.
-sinarharian-

2 ulasan:

aku berkata...

Sudah kelam kabut, itulah jangan ada niat jahat dalam hati, nak singkirkan orang ini, orang itu last sekali allah beri petunjuk yang DUP telah melakukan kesilapan yang besar. siapa yang malu. Bertaubat wahai geng2 ustaz. yang kau orang singkir itu adalah ahli2 PAS juga yang ikhlas berjuang walaupun mereka bukan ulama tetapi berjuang demi Islam demi mangharapkan keradhaan Allah.

mohamad berkata...

Bahas pun tak guna, kalau ada pandangan yg berbeza nanti dituduh tidak bela prrsiden, tidak wala dan tidak thiqah, hina ulama. Masa nak cadang usul kenapa dewan ulama yg terdiri ulama2 tak fikir kesan tersebut. Tak payah fikir fikirlah, dah cadang tu laksanakan jer. Kita org bawah ni tak pening, letak jawatan semua. Orang pun akan kata ulama tegas, telah kaji dari sudut hukum. Bila dah hukum tak kan nak kluk klik pulak.