"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jururawat bukan ‘kerja’ tengok anu lelaki!

Jururawat bukan ‘kerja’ tengok anu lelaki!
Salinan paparan perkongsian oleh Putry Al Wafa di Facebook
TINDAKAN beberapa pelayar laman sosial yang menghina jururawat dan menuduh mereka suka melihat kemaluan pesakit lelaki mendapat perhatian seorang jururawat wanita yang bertindak membalas kembali kritikan tersebut menerusi satu perkongsian.

"Assalamualaikum Tuan Cham Cham yang dihormati. Semoga saya dan kawan-kawan nurse (jururawat) yang lain diampuni segala dosa dan pekerjaan kami diterima dan diredai ALLAH taala," kata Putry Al Wafa di laman sosial Facebooknya, semalam.

Putry bertindak membalas kenyataan pemilik akaun Tuan Cham Cham memuatnaik status yang menuduh jururawat wanita 'suka melihat kemaluan pesakit lelaki'.

"Untuk pengetahuan tuan, kami sebagai nurse wanita langsung tak hadap nak tengok kemaluan lelaki melainkan itu adalah sebahagian dari tugas kami.

"Bab-bab tugas yang lain saya tak mau cerita panjang, memandangkan tuan hanya berkata kami 'sebok nak tengok kemaluan pesakit lelaki sahaja'," tambahnya.

"Sekali lagi, saya harap Tuan faham apa yang saya nak sampaikan dan terima kasih kerana menghina," akhiri Putry dalam perkongsian tersebut.

Pada bahagian komen, Putry sekali lagi menegaskan pendirian beliau.

"Saya bukan mencari glamour apatah lagi publisiti murahan macam ni. Saya cuma fight for the right. Pertahankan profesion saya sebagai jururawat.

"Sesiapa yang bekerja seperti saya, akan faham apa yang nak saya sampaikan. Tak perlu hina kami dengan kata-kata yang boleh menjatuhkan maruah kami yang juga seorang wanita," tegasnya.

Majoriti pelayar yang dipercayai jururawat juga memberikan sokongan dan menghentam kritikan Tuan Cham Cham tersebut.

"Kenapalah prasangka negatif. Tuan Cham Cham ni.. Tugas kami merawat dan membantu.. Masya-ALLAH jangan sangka kami bukan-bukan. Tiada apa yang kami harapkan dan sangat-sangat gembira melihat pesakit kami datang dengan sakit dan pulang dengan sihat...," kata Mma Aini Ahmad .

"Adik aku, sepupu aku pun kerja jururawat. Hormatilah kerja orang. Tukang sapu sampah pun ada maruah. Inikan pula jururawat. Dunia ni bulat. Jangan bangga sangat apa yang kita ada. Tak kekal mana pun," kata Kenji Faizal.

"Biadapnya laki tu... Harap nanti dia sedar la kebodohan dia tu boleh makan diri dia," kata Fiena Annie
-sinarharian-

Tiada ulasan: