"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nama Baru GHB: Parti Amanah Rakyat Atau Negara?

PETALING JAYA: Gerakan Harapan Baru (GHB) masih berteka-teki mengenai nama parti politik yang akan ditubuhkan oleh kumpulan pemimpin PAS yang disingkirkan baru-baru ini.

Setiausaha GHB, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, nama Parti Amanah Rakyat (Amanah) seperti yang dilaporkan sebelum ini masih belum dimuktamadkan.

"Parti Amamah Rakyat atau Parti Amanah Negara? Yang mana satu? saya pun tak pasti.

"Selagi ia tidak dilancarkan...tidak ada apa-apa yang rasmi berkaitan parti baharu itu," katanya kepada mStar Online.

Dzulkefly bagaimanapun tidak menafikan penggunaan perkataan 'amanah' pada nama parti berkenaan.

Beliau mengulas mengenai laporan sebuah portal berita pro-pembangkang yang memetik sumber mendedahkan menganai nama rasmi parti baharu yang diterajui GHB bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam.

Laporan itu turut menyebut bahawa parti berteraskan Islam itu akan menggunakan oren sebagai warna tema partinya.

Mengulas lanjut Dzulkefly yang juga bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata maklumat terpeinci mengenai penubuhan parti baharu itu akan diumumkan menerusi sidang media khas pada 31 Ogos depan.

"Pada Hari Kemerdekaan nanti kita akan bagi penerangan kepada media sebelum pelancaran rasmi dibuat sekitar September depan," katanya
-mstar-

Tiada ulasan: