"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Video mikrofon Ziana 'terbang' jadi viral (video)

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
Ziana Zain
Ziana gagal menyambut mikrofon tersebut, tetapi aksi tenang dan bersahaja.
VIDEO artis bersuara tinggi, Ziana Zain, 47, ketika membuat persembahan di Kuala Lumpur Fashion Week 2015 (KLFW2015) Ahad lalu menjadi viral gara-gara Ziana 'melambung' mikrofonnya.

Apa yang melucukan ialah Ziana gagal menyambut mikrofon tersebut, tetapi aksi tenang dan bersahaja Ziana ketika insiden itu ternyata mencuit hati pelayar internet.

Video yang berdurasi selama 0:08 minit itu yang menjadi viral semalam rata-rata mendapat respon positif daripada peminat beliau dan memuji sikap Ziana yang ternyata bijak mengendalikan keadaan.

Menurut Ariff dia mengatakan kejadian itu sebagai satu 'sejarah' yang begitu menarik.

"Ini kejadian epik akak," tulisnya.

Difahamkan kejadian itu berlaku dek kerana losyen tangan yang dipakai oleh Ziana, sehingga menyebabkan tangannya menjadi licin dan sukar untuk menyambut mikrofon itu semula.

KLFW2015 berlangsung pada 12 sehingga 16 Ogos yang lalu bertempat di Pavilion Kuala Lumpur.
-sinarharian-

Tiada ulasan: