"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Saari Sungib beli rumah RM7 juta?

Beli rumah RM7 juta? Menarik cerita ni – Saari Sungib
Mohamad Fadli 
Saari-Sungib_rumah_600_1SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang dari Pas, Saari Sungib terkejut dengan dakwaan beliau membeli rumah baharu berharga RM7 juta.
Katanya, dia terkejut kerana pertama kali mendengarnya sebaik sahaja ditanya wartawan di Lobi Dewan Negeri Selangor (DNS) pada Rabu.

“Menarik juga berita saya beli rumah berharga RM7 juta ini,” katanya sambil senyum sinis.

Dakwaan itu disebarkan di media sosial susulan desas-desus dalam kalangan penduduk di Kampung Kemensah, Hulu Klang yang mahukan kepastian terhadap dakwaan itu.

“Tidak benar. Saya hanya mempunyai sebuah rumah sahaja. Itupun dah nak habis bayar tahun ini,” jelasnya.

Saari antara dua wakil rakyat Pas di Selangor yang tidak menyokong kepimpinan Pas Pusat ketika krisis menggantikan Menteri Besar Selangor ketika itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau merupakan golongan progresif Pas yang menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) yang telahpun ditukar menjadi Parti Amanah Rakyat.
-fmt-

2 ulasan:

IrWrWs berkata...

Tok sah terlibat dgn fitnah.. cuma mintak saari letak jawatan je lantaran berhasrat keluar pas..

ramboo-t berkata...

Geng liberal ini tewas di medan juang (di tawan dap serta dicucuk idung oleh brother)..ada mata tp buta hati, langkah kajang dgn terang nmpkkn nepotism, kronism & tamakkn kuasa.