"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ketua UMNO Sungai Besar ugut mahu buat rusuhan di Jalan Petaling Sabtu ini

 Datuk Jamal Md Yunos, orang kuat di sebalik himpunan Baju Merah minggu lalu, menggesa kerajaan menyelesaikan isu monopoli bukan Melayu dan jualan barangan tiruan di Jalan Petaling, Kuala Lumpur atau berdepan akibatnya.
“Kalau pihak berkuasa tak ambil tindakan, saya yakin 99 peratus akan ada perhimpunan dan mungkin berlaku satu rusuhan di sana,” katanya.

“Jadi saya minta, saya sendiri dah berjumpa dengan ketua pengarah bahagian penguatkuasaan KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan) untuk sampaikan hasrat mereka supaya tuntutan mereka dilaksanakan.”

Jamal sebelum ini mendakwa Jalan Petaling sebuah tempat "perkauman" dan menyeru ia dikongsi dengan penjaja Melayu.

Kebanyakan penjaja tidak bersetuju dan mencadangkan Jamal memohon pihak berkuasa membuka pusat penjaja khas untuk Melayu di lokasi lain.

Dalam himpunan minggu lalu, berlaku berlaku ketegangan antara sekumpulan lelaki yang memakai baju merah dengan polis, menyebabkan meriam air disembur.

Ada antara mereka memaki polis sebagai “barua Cina” dan membaling botol platik selepas dihalang masuk ke Jalan Petaling.

Polis hanya memberikan permit berhimpun kepada kumpulan silat PESAKA di Padang Merbok sahaja.

Enggan dedah identiti kumpulan itu

Jamal yang juga pemimpin akar umbi Umno berkata kumpulan yang mahu mengadakan perhimpunan Sabtu ini bertegas supaya tindakan diambil susulan itu itu.

“Masa 16 September saya datang di sebelah petang untuk meredakan keadaan.

“Dan mereka bersetuju dan persetujuan itu dibuat kerana kita minta kerajaan supaya ambil tindakan tegas terhadap peniaga di Jalan Petaling sebab dilihat ada kekebalan luar biasa kerana tiada tangkapan atau serbuan yang dibuat KPDNKK,” katanya.

Jamal juga berkata, selain peniaga Cina, ramai peniaga asing berurusan di jalan itu menyebabkan tempat pelancongan itu tercemar.

“Tuntutan mereka untuk minta peniaga sana kongsi ruang perniagaan pada kaum lain dan tak dimonopoli oleh Cina sahaja,” katanya yang mengaku menjadi orang tengah antara kumpulan itu dan pihak berkuasa.

Jamal bagaimanapun enggan mendedahkan ideantiti kumpulan itu.

Beliau justeru mengingatkan supaya tindakan diambil pihak berkuasa sebelum berlaku perkara tidak diingini.

“Dan kalau mereka tak ambil apa apa tindakan sehingga hari Jumaat ini, kalau berlaku apa apa kekecohan di sana saya tidak bertanggungjawab,” katanya yang menganggarkan 5,000 orang akan berhimpun Sabtu ini.

Umat Islam juga menyambut Aidiladha hari ketiga Sabtu ini.

Datuk Bandar tidak mengizinkan perhimpunan itu.
-malaysiakini-

2 ulasan:

Abdul Said berkata...

Wayang kulit disiang hari mainan parti kebangsaan kuno yang sedang nazak!!!

Abdul Said berkata...

Kalau bukan ketua ameno buat kenyataan macam ni dah lama kna cekup.