"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Pas sedang mencari hujah dan dalil kukuh untuk berkerjsama dengan Umno?

Berbincang dengan Umno, Pas tidak tolak kemungkinan itu
Mohd Sayuti Omar
"Terlalu awal untuk berbuat begitu (berbincang dengan Umno) tetapi ia tidak mustahil," demikian ulas seorang pemimpin kanan Pas bila ditanya kewujudan pakatan baru, Pakatan Harapan yang diputuskan lewat tengah hari tadi.

Pemimpin kanan Pas itu berkata dalam politik tidak ada sebarang kemustahilan. "Iya memang ada..." katanya apabila disoal apakah benar Pas sudah merancang untuk berbincang secara serius dengan Umno bagi bekerjasama dalam pilihan raya akan datang.

"Enta pun dah tulis dan semacam besetuju kalau Umno berkerjasama dengan Pas, baiklah tu..." ujarnya lagi cuba mengelak.

"Saya tidak boleh bagi tahu kerana ini rahsia, kalau enta nak tembak silakan," kata pemimpin itu lagi. Tegasnya beliau tidak menolak kerjasama dengan Umno tetapi tidak mahu mengesahkan. "Tidak boleh sahkan, tidak boleh.." begitulah kata pemimpin itu apabila dijolok apakah benar sudah ada perbincangan sulit dilakukan pemimpin tertentu dengan Najib Razak dan Zahid Hamidi.

Adalah dipercayai sehari dua lagi akan ada perkembangan yang bakal mengejutkan pemerhati politik dengan tindakan Pas ini serta membolehkan orang membaca peta politik Pas. Keadaan hari ini dalam Pas sudah tidak ada orang yang bercanggah pendapat atau pun yang menentang kalau rancangan kerjasama Pas - Umno itu diadakan.

Sebelum ini Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan kuasa penentang kerjasama itu. Kemudian dengan terkeluarnya golongan profesional yang menentang kerjasama Umno - Pas, apabila kalah dalam pemilihan pada muktamar lalu, kini tinggal dalam Pas semua mereka yang suka kalau parti agama itu bekerjasama dengan Umno.

Kerjasama penting dan diperlukan bagi sesetengah pihak dalam Pas bagi mengekalkan status quo yang ada serta mendapat manfaat peribadi dengan kuasa yang dipegang Umno sebagai tunggak kerajaan. Dalam pada itu difahamkan Pas sedang mencari hujah dan dalil kukuh kenapa mereka perlu berkerjsama dengan Umno.

5 ulasan:

dol berkata...

maka sahlah ujud ug

dol berkata...

maka sahlah ujud ug

mohd saifuddin berkata...

maka beimiginasilah bloger-bloger upahan mereka-reka cerita supaya ia dapat melaga-lagakan umat islam. apa bezanya dengan puak-uak jahat yahudi dan nasrani.minta dijauhkan oleh Allah dari golongan ini.

pok amid littor berkata...

Dulu toghut, kemudian "tidak seburuk" Firaun. Mungkin sehari dua lagi: "Lebih beriman daripada yang ada di Malaysia ni"

OneMas Jendelailmu berkata...

Tak payah pening2 kepala nak cari hujah. Dalam al-Quraan banyak hujah2 yg mewajibkan umat islam bersatu dan haramnya berpecah belah.Nak seribu daya kalau tak nak sejuta dalih. Buang yg keruh ambil yg jernih. Sesat di hujung jalan balik ke pangkal jalan. Bersatulah dan insaflah wahai pemimpin pas, tanpa kesatuan ummah jgn nak cakap pasal kejayaan ummah dan Islam.Itu adalah sunnah Allah yg tidak boleh disangkal.Penuhilah harapan berjuta umat Islam yg mahu melihat parti umno-pas boleh berkerjasama untuk melayu dan islam.Umat Islam sudah muak dan jelak melihat pertelagahan dan maki hamun sesama sendiri tanpa penghujung.Kamu sebagai ulamak bertanggung jawab memimpin umat islam yg telah berselerak dek kerana konflik politik yg merugikan semua pihak.Akhirnya kamu akan berdepan dgn Allah dan jawab sorang-sorang sekiranya umat islam terus bercakaran dan hancur akibat dari cakap dan tindakan politik yg melampau.