"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Punca PKR mahukan Pas sertai PR 2.0 didedah

PETALING JAYA: Punca mengapa Parti Keadilan Rakyat (PKR) beriya-iya mahukan Pas menyertai gabungan pakatan pembangkang baharu atau Pakatan Rakyat 2.0 (PR 2.) akhirnya terjawab.

Harakahdaily melaporkan, PKR mahukan Pas kerana parti itu mendapat jumlah undi tertinggi dalam Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13) yang lalu berbanding PKR dan DAP.

Pas menerima jumlah undi sebanyak 2,133,944 undi atau 22.34 peratus daripada 4,879,699 undi atau 51.09 peratus jumlah keseluruhan undi yang diterima Pakatan Rakyat pada PRU13.

PKR pula menerima 1,303,457 undi atau 13.65 peratus manakala DAP mendapat 1,44,298 undi atau 15.10 peratus.

Jika PR 2.0 ditubuhkan tanpa Pas, mereka akan mendapat undi keseluruhan sekitar 30 peratus dan tidak mampu untuk menawan Putrajaya, lapor lidah rasmi Pas versi digital itu.

Analisis itu dikeluarkan oleh Facebook Pusat Khidmat ADUN Chempaka yang juga Naib Presiden Pas, Iskandar Samad.

Pemimpin PKR masih berharap Pas menyertai gabungan baharu itu biarpun pemimpin DAP memberi ingatan mereka akan keluar jika Pas diterima masuk PR 2.0.

Parti pembangkang dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menghadiri Persidangan Meja Bulat di Hotel Empire Subang Jaya pada Selasa untuk membincangkan penubuhan PR 2.0.

Pas tidak menghadiri persidangan itu tetapi masih menegaskan tetap mahu bekerjasama dengan PKR.
-fmt-

5 ulasan:

Unknown berkata...

tp pkr jgn risau

undi utk PAS sudah turun mendadak


undi dpd bukan melayu dah 0%
undi dpd bekas penyokong PAS pun jatuh teruk

jgn risau... semua yg mengundi PAS akan
mengundi PR2.0

sesiapa yg bersama PAS sekarang ini akan kehilangan undi.. percayalah

Naazar berkata...

Bro.......masa tu dalam kepala pengundi beranggapan.....mengundi PAS adalah mengundi PR......Pada PRU14 nanti sorry la bro.....PR2.0 dah ganti PR........PAS la ni hanya syok sendiri ajer.......
Ker Guaner Tuamg Presideng !!!!!!!!

Unknown berkata...

Jangan lupa tentang majoriti tipis yg di menangi PAS ...akan berbalik ke mana2 parti yang mewakili rakyat yang cintakan keadilan..

sade berkata...

rasanya betul telahan ini
sebab tu UMNO juga sibuk offer PAS supaya bergabung dgn UMNO sebab mereka dah nampak UMNO akan tumbang pd PRU14 jika hanya bersama2 dgn team BN skarang ni
UMNO pancing PAS dgn Hudud, tp benar2kah perlembagaan negara akan diubah utk PAS jika pemimpin UMNO layak utk di hududkan??...

Unknown berkata...

Fakta yg tidak tepat