"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kalau pemimpin pembangkang buat ucapan begini pasti dah kena?

Ali Rustam gesa Melayu pantau, jangan lembut dengan Cina, lapor akhbar
Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia Tan Sri Ali Rustam mendakwa, orang Cina semakin berani menghina orang Melayu apabila melihat DAP memandang rendah kemampuan Melayu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 September, 2015.
Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia Tan Sri Ali Rustam mendakwa, orang Cina semakin berani menghina orang Melayu apabila melihat DAP memandang rendah kemampuan Melayu.

Bekas naib presiden Umno, Tan Sri Mohd Ali Rustam yang kembali mencuri perhatian ramai dengan penganjuran himpunan "baju merah" pada 16 September lalu, menggesa orang Melayu agar sentiasa mengawasi kaum Cina yang menurutnya akan mengambil kesempatan daripada kerajaan yang lemah.

Bercakap dalam satu wawancara dengan akhbar Mingguan Malaysia, beliau yang merupakan presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) mendakwa, orang Cina semakin berani menghina orang Melayu apabila melihat "DAP memandang rendah kemampuan Melayu".

Beliau yang juga bekas ketua menteri Melaka, kembali dalam politik nasional menerusi Pesaka yang bertindak sebagai penganjur himpunan "baju merah" atau "Himpunan Rakyat Bersatu" yang diadakan pada Hari Malaysia baru-baru ini.

"DAP pandang rendah kemampuan Melayu dan fikir mereka boleh buat apa-apa sahaja yang mereka suka. Sebab itu orang Cina yang ramai dahulu sederhana, apabila lihat DAP, semakin berani hina orang Melayu, dan orang Melayu tidak boleh buat apa-apa.

"Saya fikir orang Cina hendak pilih kerajaan yang berani dan tegas. Apabila mereka lihat kerajaan macam sudah lemah, orang hina kita, al-Quran, pemimpin dan persenda Rasulullah tidak dikenakan tindakan, saya rasa orang Cina fikir kerajaan yang ada hari ini lemah dan tidak kuat," katanya akhbar milik Umno itu hari ini.

Ali berkata demikian sewaktu menjawab soalan sama ada himpunan "baju merah" yang lalu itu akan menyebabkan pengundi Cina atas pagar menjarakkan diri daripada Barisan Nasional (BN).

"Orang Cina ini tengok siapa kuat. Siapa kuat, mereka akan ikut. Kita kena tegas. Kenapa Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura berjaya? Kerana mereka tegas.

"Jadi, kalau kita lembut, tidak boleh. Kalau mereka tunjuk mereka boleh buat, kita tunjuk kita pun boleh buat tetapi demonstrasi secara aman," katanya.

Beliau mendakwa, kaum Cina kini berubah berbanding dahulu yang sederhana kepada berani, kerana kerajaan sedia ada bersikap lembut.

"Pesaka hendak pertahankan kerajaan. Kita tunjukkan, jangan hina orang Melayu, dan kita berani. Kalau kita berani, mereka akan fikir 2 kali," kata Ali.
-malaysianinsider-

1 ulasan:

PokAmid berkata...

Barang lusuh yang ingin dikitar srmula?