"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Datuk Mahfuz Omar hatinya bersama Pakatan Harapan, jasad masih milik PAS?

PAS tak halang Mahfuz hadir pelancaran Pakatan Harapan
Kehadiran Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar dari PAS pada sidang meja bulat pembentukan Pakatan Harapan semalam tidak mendapat tentangan parti itu. Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti Islam itu tidak mempunyai halangan ke atas mana-mana ahlinya yang dijemput Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut Tuan Ibrahim, ahli PAS mempunyai hak peribadi untuk hadir ke persidangan tersebut, lapor Sinar Harian.

"Itu hak peribadi beliau," katanya kepada Sinar Harian mengulas mengenai kehadiran bekas ketua penerangan PAS itu yang hadir atas kapasiti ahli Parlimen pembangkang.

Mahfuz merupakan satu-satunya ahli PAS yang hadir meskipun partinya sebelum ini sudah menjelaskan untuk tidak terlibat dengan perbincangan meja bulat tersebut.

Semalam Mahfuz mengakui kehadirannya tidak diketahui pimpinan PAS.

"Saya hadir sebagai ahli Parlimen pembangkang yang dijemput ketua pembangkang.

"Mereka (PAS) tidak tahu, saya hadir kerana dijemput secara terus," katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang meja di Subang Jaya, Selangor
-malaysianinsider-

-------------

Pas patut berunding, kata Mahfuz
SUBANG JAYA: Meskipun tidak terlibat dengan pergerakan Pakatan Harapan yang baharu dibentuk, Pas seharusnya mengadakan rundingan dengan pakatan.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, rundingan antara Pas dengan Pakatan Harapan perlu diadakan bagi memastikan terjalinnya kerjasama dalam usaha memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.

“Saya berharap Pas lebih terbuka untuk menerima realiti politik di negara ini. Pembangkang seharusnya mempunyai penyatuan yang boleh menyampaikan mesej tepat kepada rakyat bahawa tidak mungkin berlaku lawan tiga penjuru pada PRU akan datang.

“Tetapi kalau mesej yang disampaikan (oleh Pas, Pakatan Harapan) membayangkan pertemuan tiga penjuru pada PRU nanti, ia akan memusnahkan harapan rakyat yang menyokong pembangkang selama ini,” katanya ketika Sinar Online.

Pakatan Harapan hari ini ditubuhkan selepas rundingan meja bulat antara DAP, PKR dan Parti Amanah Negara sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan pakatan pembangkang baharu di sebuah hotel di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pakatan Harapan jadi blok baharu pembangkang]

Beliau dalam pada itu turut mengharapkan Pas untuk bergabung bersama DAP, PKR, dan Parti Amanah Negara dalam usaha membentuk pakatan baharu.

“… Ya, saya masih mengharapkan penyertaan Pas dalam pakatan ini atau pun ada kaedah (jalinan hubungan dan kerjasama) yang penting bukan tiga penjuru.

“Walaupun penubuhan pakatan hari ini dibuat tanpa Pas, pakatan baharu ini tidak boleh terus membiarkan keadaan ini berlarutan. Keduanya mesti ada keterbukaan untuk menjalinkan hubungan. Pakatan perlu menghubungi Pas dan Pas juga harus sedia untuk duduk di meja perbincangan untuk mencari jalan untuk menghadapi lawan kita bersama,” katanya lagi.
-sinarharian-

1 ulasan:

oranqtua berkata...

dok dgn geng disinun tak gumbira, kerana ingat dihati bolehlah belajar sikit sebanyak ilmu agama, tapi rupa rupanya asyik mengharamkan orang saja...tok fikir depa disinun dah ada penyakit hati phd. ini lah padahnya bila kuantiti ahli yg dikejar dan tarbiah agama dilupakan...

ostaz ostaz disinun yg mengajar dimasjid la ni pakat ghairah dok bantai geng parti baru...sampai lupa siapa lawan sebenarnya..