"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pecahkan Tradisi Majlis Kenduri Kahwin

rozmal
Semalam berkesempatan menunaikan undangan 4 majlis kenduri kahwin sekitar Seremban. Beginilah lazimnya, apabila cuti sekolah, hari Sabtu atau Ahad akan ada banyak diadakan majlis kenduri kahwin antara jam 12 tengahari ke 4 petang. Terima kasih kepada pihak yang sudi menjemput kami sekeluarga.
Ada sahabat yang pernah menerima sampai 8 undangan majlis kenduri kahwin dalam sehari pada jangka waktu yang sama.

Mungkin orang kita perlu pecah tradisi mengadakan majlis kenduri kahwin pada hujung minggu cuti sekolah , makan tengahari dengan nasi minyak.

Sebagai contoh pasangan penganti di Syria mengadakan majlis kenduri kahwin dengan memberi jamuan kepada ribuan pelarian Syria di sana.

Antara beberapa cadangan yang boleh difikirkan untuk memecah tradisi majlis kenduri kahwin kita ini agar tetamu tidak terkejar-kejar menunaikan undangan serta tuan rumah tidak ternanti-nanti tetamu, juga katerer dan tukang khemah dapat menyediakan makanan serta tempat dengan sempurna ialah :

1. Semasa cuti sekolah adakan pada hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis atau Jumaat, tidak perlu tunggu Sabtu atau Ahad.

2. Jika hendak dibuat pada hari Sabtu atau Ahad waktu cuti sekolah atau cuti panjang, buat untuk jamuan sarapan pagi, minum petang atau makan malam, tak perlu makan tenghari ada nasi minyak. Nasi dagang boleh, nasi kerabu boleh, nasi bajet boleh, roti canai boleh, bihun goreng boleh. Dengan ini mungkin jika ada 10 undangan pun, tetamu boleh buat jadual rumah mana nak pergi dulu.

3. Buat di madrasah, sekolah tahfiz, rumah anak yatim, rumah kebajikan atau rumah orang tua. Dengan ini tidak berlaku pembaziran sekiranya ramai tetamu tidak hadir atau tidak dapat menghabiskan makanan kerana terlalu banyak nak makan pada waktu yang sama.
-tranungkite-

Tiada ulasan: