"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Felixia naik angin pada 'poster hantu' ini

Nadia Azam
Felixia Yeap - model glamour yang baru memeluk Islam pada Julai tahun lalu - berang apabila gambarnya dijadikan bahan kempen pihak tidak bertanggungjawab dan dikatkan dengan politik.

Bagaimanapun, kesahikan gambar itu digunakan untuk menarik sokongan kepada parti politik boleh dipertikaikan.

Felixia atau nama Islamnya Raisha Rania menggesa pihak terbabit menurunkan imejnya yang bertudung itu menerusi status Facebook yang dimuatnaik beberapa jam lalu.

“Wahai parti apa pun atau sesiapa yang bertanggungjawab, tolong jangan menggunakan gambar atau nama saya untuk sebarang kegunaan politik.

“Saya tidak berniat untuk terbabit dalam sebarang pergerakan politik.

“Tolong turunkan imej ini. Tindakan terdesak anda amat menyedihkan.

“Terima kasih,” katanya.
Perbuatan terdesak

Poster itu didakwa dilakukan oleh anggota pemuda parti baru Parti Amanah Nasional (AMANAH) yang bernama Abe Is.

Tidak cukup dengan itu, Felixia turut meminta orang ramai supaya ‘tag’ individu yang bernama Abe Is selain memberitahunya dia akan terkenal kerana melakukan perbuatan terdesak itu.

Komen Felixia itu juga turut ditujukan kepada Kementerian dan Multimedia Malaysia selain disertakan dengan hashtag #Whysodesperate dan #phateticmove.

Dalam imej yang dipamerkan oleh individu bernama Abe Is itu, ia mempamerkan wajah Felixia berserta komen mengenai perkauman dengan hashtag #NOracist.

“Kesedaran harus dipupuk di kalangan kita supaya masyarakat terus hidup aman dan harmoni. Malaysia penuh dengan berbilang kaum, saling hormat menghormati dan bantu membantu, elak cetus perbalahan menaikkan lagi nama orang Islam di mata dunia,” katanya.

Bagaimanapun, Naib Ketua Pemuda AMANAH Shazni Munir Mohd Ithnin (gambar) ketika diminta mengulas kenyataan terbabit menyatakan kekesalan mereka, malah menafikan sebarang kaitan dengan penyebaran poster berkenaan.

“Pertama sekali, kami tidak tahu-menahu tentang kewujudan poster berkenaan. Maka kami anggap ia sebagai satu sabotaj untuk memburukkan nama AMANAH.

“Fokus pemuda Amanah sekarang di setiap peringkat adalah konsert amal untuk Yazid Search.

“Alih-alih timbul pula poster yang tidak tahu asal-usulnya,” katanya kepada Malaysiakini.

Kata Shazni, perkara itu hanya diketahui selepas Felixia menghubungi mereka pagi tadi.

"Jangankan kata Felixia terkejut. Kami lagi terkejut!" katanya

Pemuda AMANAH juga meminta pihak terbabit yang dianggapnya "kekurangan kerja" supaya memberi fokus pada isu lebih utama iaitu kepentingan rakyat.

“Sabotaj AMANAH dengan poster hantu seperti ini hanya menambahkan kebencian masyarakat terhadap orang berpolitik," katanya.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: