"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Presiden Gerakan menyuarakan kegusaran dengan sikap perkauman melampau umno

Gerakan: 'Tsunami' besar jika BN gagal tindak bersama

Dalam rayuan beremosi kepada perwakilan Gerakan Pulau Pinang hari ini, Presiden Datuk Mah Siew Keong memberi amaran berhubung "tsunami besar" yang boleh menyingkirkan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Tsunami yang beliau maksudkan merujuk sokongan rakyat kepada pembangkang pada pilihan raya umum 2008 dan 2013 yang menyebabkan Pakatan Rakyat menguasai Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Mah berkata ia penting bagi pemimpin BN berdepan hakikat bahawa hubungan dalam komponen BN lemah dan mereka mesti bertindak menyelesaikannya bersama-sama.

Beliau turut menggesa parti komponen BN menunjukkan sikap hormat menghormati antara satu dengan lain.

Menurutnya, beliau bertemu dengan rakyat sepanjang jelajah di seluruh negara, yang menyatakan rasa terguris dengan suasana polarisasi dan politik terkini.

"Kita mesti mengakui kesilapan kita, saya juga sebahagian daripada BN," katanya kepada 200 perwakilan dalam majlis itu yang diadakan di ibu pejabat parti di Jalan Macalister.

"Kita mesti tukar sikap kita dan tukar cara kita melaksanakan kerja, kita mesti pasti tindakan kita betul atau jika tidak akan dilanda 'tsunami besar, inilah kebenaran.

"Kita masih ada masa kerana pilihan raya masih tidak akan diumumkan dalam tempoh satu atau dua tahun, kita mesti bekerja keras untuk menambahbaik polisi jika kita laksanakan, saya percaya ada harapan.

"Tidak mudah bagi anggota Gerakan buat masa ini kerana kita bergelut dengan kebenaran," katanya yang juga MP Teluk Intan.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: