"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Perhimpunan baju merah punca Pemuda UMNO dan Pemuda MCA bertelagah?

Leong-Kim-Soon_umno_mca_600PETALING JAYA: Pergerakan Pemuda UMNO dinasihatkan supaya menyelesaikan masalah dalaman mereka terlebih dahulu sebelum mencampuri urusan dan hal ehwal dalaman parti lain khususnya MCA.
Setiausaha Agung Pemuda MCA, Datuk Leong Kim Soon menyatakan, mereka tidak memerlukan campur tangan daripada mana-mana parti terutama jika ia melibatkan masalah dalaman parti itu.

“MCA mempunyai prosedur sendiri dalam menyelesaikan masalah dalaman ahli, dan bukan ahli MCA diminta agar tidak campur tangan dalam isu dalaman ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Kim Soon berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pemuda UMNO Pahang, Mohd. Shahar Abdullah yang menggesa Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai supaya tidak terus mengambil pendekatan berkecuali dan segera mengambil tindakan disiplin ke atas Chow Hui yang dilihat tidak matang dan membuat kenyataan senada dengan DAP.

“Kami mahu Tiong Lai tidak terus berdiam diri dan berani mengambil tindakan disiplin ke atas Chow Hui yang jelas akan menjahanamkan BN melalui gerak tari kelompok yang digelar ‘musang berbulu ayam’ ini,” Mohd Sahar dilaporkan berkata.

Sebelum ini, Ketua Pemuda MCA Pasir Gudang, Cia Chow Hui bertindak memutuskan hubungan setelah melihat sokongan yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap Himpunan Rakyat Bersatu atau Baju Merah.
-fmt-

Tiada ulasan: