"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dato' Razali Ibrahim berbohong?

Mazlan Aliman
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) amat meragui jawapan YB Dato' Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri di Parlimen mengenai soalan yang dikemukakan YB Dato' Johari Abdul, Ahli Parlimen Sg Petani.

Ia berkaitan dengan Himpunan Warga Felda sempena Sambutan Hari Malaysia pada 16 September yang membabitkan sekitar 10,000 warga Felda di Masjid Negara.

Sebelum ini, iaitu pada 13 September, ANAK telah membuat kenyataan Media dengan melampirkan bukti bagaimana peneroka dan Gen 2 Felda telah dikerah melalui arahan dari Jabatan Pembangunan Komuniti Felda untuk hadir dalam Himpunan Warga Felda sempena Hari Malaysia pada 16 September. ANAK telah mempersoalkan adakah ianya program resmi Felda atau mempunyai kaitan dengan Himpunan Baju Merah yang bersifat rasis.

Ekoran dari Himpunan 16 September, ANAK dimaklumkan bahawa sememangnya para peneroka dan Gen 2 Felda terlibat dengan Himpunan Baju Merah. Bukti bergambar termasuk aduan anak peneroka sendiri mengenai pembabitan ibubapa mereka dalam Himpunan Baju Merah adalah jelas.

Justeru, jawapan Dato' Razali Ibrahim di Parlimen sangat di ragui kebenarannya. Adakah beliau berbohong di Dewan yang mulia bagi melindungi penglibatan Felda di bawah seliaannya?
Lebih memeranjatkan, beliau mengakui Badan badan dalam Felda iaitu JKKR dan GPW

telah menampung kos berjumlah RM925,000 bagi pembiayaan pengangkutan bas dan makan minum peserta. Suatu pembaziran dari aktiviti yang bersifat perkauman.

Sehubungan dengan itu, ANAK akan membuat Laporan Polis dalam masa yang terdekat ini. Polis mesti menyiasat Dato' Razali, Pengarah Besar Felda dan Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti Felda agar tiada mana mana pihak yang cuba mengeksploitasi para peneroka untuk agenda yang bersifat perkauman dan membazirkan wang atas tujuan yang tidak berkaitan dengan kehidupan mereka.

' MENERAJUI PERUBAHAN'

Mazlan Aliman
Presiden ANAK
11 Nov 2015

Tiada ulasan: