"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Husam akui terima ugutan, syak kerana isu balak

Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa terima ugutan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) menerusi telefon bimbit isterinya Isnin lepas yang dipercayai susulan tegurannya kepada kerajaan negeri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 November, 2015.Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa terima ugutan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) menerusi telefon bimbit isterinya Isnin lepas yang dipercayai susulan tegurannya kepada kerajaan negeri. 
Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa mengakui beliau menerima ugutan daripada seorang lelaki melalui sistem pesanan ringkas (SMS) menerusi telefon bimbit isterinya Isnin lepas yang dipercayai susulan tegurannya kepada kerajaan negeri.

"Ugutan seorang lelaki yang tidak dikenali diterima melalui panggilan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) menerusi telefon isteri saya pada petang Isnin lalu, 9 November.

"Ugutan itu ditujukan kepada saya," kata Husam dalam kenyataannya hari ini.

Husam berkata, beliau membuat laporan polis di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dan Kota Baru pada hari yang sama bersama isterinya.
"Berdasarkan kandungan pesanan SMS, saya berat mengagak teguran kepada kerajaan negeri punca ugutan itu dibuat.

"Daripada 6 teguran utama saya, 3 adalah berkaitan pembalakan dan ladang, khususnya kelulusan hutan simpan kekal untuk tujuan perladangan.

"Berdasarkan temubual persendirian saya, jika saya ditanya suspek utama, saya katakan perlukan siasatan pembalak yang ada kepentingan dengan kelulusan tebang habis," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, walaupun beliau bimbang dengan ugutan itu namun akan meneruskan tugasnya.

"Sungguhpun saya gentar keselamatan saya dan keluarga, Insya-Allah saya tidak akan berganjak daripada tugas membuat teguran yang benar mengikut hemat dan pegangan perjuangan saya, hatta jika nyawa saya menjadi taruhan," katanya.

Husam berkata, beliau berharap kerajaan negeri menimbangkan tegurannya dengan saksama bagi mengelakkan pertikaian berlanjutan, khusus bagi kelulusan kawasan hutan simpan baharu sekalipun atas alasan sambungan kepada kelulusan dasar yang lama.

"Saya juga berharap pihak keselamatan menjalankan siasatan dengan bersungguh-sungguh demi mengelakkan provokasi dan kejadian lebih buruk.

"Allah sebaik Penolong dan Pelindung. Kepada-Nya saya bertawakal," katanya.
-malaysianinsider-

Tiada ulasan: