"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kenaikan tarif air tidak akan bebankan rakyat - Azmin bercakap mcm nada menteri tak cerdik umno

Kenaikan tarif air tidak akan bebankan rakyat Selangor, kata Azmin

Kita jamin kenaikan tarif ini tidak akan membebankan rakyat Selangor, kata Menteri Besar Mohamed Azmin Ali. 

Selangor tetap akan menaikkan tarif air setelah proses pengambilalihan 4 syarikat konsesi air negeri selesai, kata Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata sehingga kini hanya Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) masih dalam proses rundingan, manakala proses bagi 3 lagi konsesi iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Konsortium ABBAS Sdn Bhd (ABBAS) dan Puncak Niaga Holding Berhad (PNHB) berjaya diselesaikan.

"Pasti akan ada kenaikan tarif air ini kerana kos bagi proses pengambilalihan itu adalah untuk memastikan perkhidmatan air berkualiti dan efektif.

"Kita jamin kenaikan tarif ini tidak akan membebankan rakyat Selangor," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Mat Nadzari Ahmad Dahlan (BN-Batang Kali) berkaitan kenaikan tarif air di Selangor.

Katanya sebelum ini, kerajaan negeri menawarkan RM250 juta kepada SPLASH namun jumlah tersebut ditolak syarikat berkenaan.

"Tempoh rundingan untuk pengambilalihan SPLASH akan berakhir September 2016 dan kerajaan negeri akan pastikan proses tersebut selesai dalam tempoh tersebut.

"Kerajaan negeri melantik penilai bebas untuk melihat apa nilai yang adil untuk mengambil alih syarikat konsesi air berkenaan," katanya.

Mohamed Azmin berkata kos pengambilalihan 3 syarikat konsesi lain adalah berjumlah RM1.68 bilion iaitu Puncak Niaga Holding Berhad (PNHB) sebanyak RM1.07 bilion, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) (RM0.52 bilion) dan Konsortium ABBAS Sdn Berhad (ABBAS) (RM0.09 bilion).
-malaysianinsider-

1 ulasan:

Unknown berkata...

Masa Sekarang sangat tidak sesuai untuk kerajaan menaikkan apa-apa kadar bayaran sebab rakyat telah terbeban dengan GST.