"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ini jadinya apabila Vape meletup di muka (Gambar)

vape meletup
GAMBAR MANGSA CEDERA PARAH AKIBAT MOD ATAU BATTERI VAPE MELETUP VIRAL DI MEDIA SOSIAL DIDAKWA KEJADIAN BERLAKU DI GOPENG, PERAK

Mungkin batteri mod vape yang digunakan adalah tiruan atau tamat tempoh juga dicaj terlalu lama sehingga meletup.

Malang sekali ianya meletup tepat di muka mangsa yang kelihatan agak parah namun bernasib baik tidak mengenai bahagian mata.

Tidak boleh dibayangkan jika ada penumpang pesawat yang terlupa meletak mod vape di dalam bagasi penumpang di perut pesawat dan ianya meletup lalu mencetuskan kebakaran pastinya ratusan orang akan maut.

Adakah kita terlalu yakin dengan sistem x-ray bagasi penumpang untuk mengesan vape mod serta tank yang begitu kecil sebelum check-in?vape battery explode

Banyak sekali risikonya budaya menghisap vape ini bukan sahaja soal meletup tetapi laporan media hari ini juga viral seorang wanita memberi 3 kanak-kanak kecil menghisap vape.

Kepada penagih vape mereka tentunya hanya membaca kebaikan vape yang kononnya hanya wap air dari artikel-artikel yang ditulis oleh penulis tajaan British American Tobacco [BAT] atau mana mana syarikat gergasi rokok dunia yang memegang saham industri vape.

Tetapi cuba lakukan kajian keburukan dan pengakuan terus terang mangsa vape di forum-forum penghisap vape dunia dalam bahasa Inggeris pasti anda akan terkejut pendedahan mereka.

Pastinya pengendali laman akan moderate komen yang menjejaskan perniagaan namun untuk lebih telitik rujuk forum e-cigarettes yang juga berkait dengan nikotin sama seperti vape.

Buat apa pun kena berpada-pada dan sebelum paru-paru kena buang sebelah akibat vape atau rokok harap hati hati kawal diri. – MalaysiaStylo


Vape perisa syabu dan ketum dijual di Johor

BATU PAHAT – Kebimbangan ramai pihak bahawa rokok elektronik termasuk vape ada asasnya apabila cecair berperisa ketum dan syabu turut dikesan di negeri ini sehingga dikhuatiri akan memburukkan lagi masalah sosial, terutama dalam kalangan remaja.

Perkembangan yang membimbangkan ini didedahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat, hari ini.

Beliau berkata, pi­hak­nya te­lah menerima maklumat tentang kegia­tan tersebut daripada beberapa agensi yang mengesan kewujudan perisa ketum dan dadah jenis syabu berbanding perisa asal seperti mangga, coklat, kopi dan oren.

Justeru, katanya, bagi mengekang kegiatan itu daripada berleluasa, semua pihak berkaitan kini giat mengumpul maklumat lanjut sebelum pihak terlibat membuat serbuan bagi membendung penyalahgunaan vape yang kononnya digunakan untuk mengawal ketagihan perokok terhadap rokok tradisi.

“Kita sudah menerima banyak maklumat mengenai cecair vape berperisa ketum, syabu dan beberapa jenis bahan lain, cuma buat masa ini belum ada tangkapan ter­hadap peniaga yang menyalahgunakan rokok elektronik itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Jom Kenal Ubat Anda peringkat negeri, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Kesihatan ne­geri (Farmasi), Rosidah Md. Din; Pegawai Daerah Batu Pahat, Mohd. Halim Hasbullah dan pemimpin-pemimpin masyarakat serta pengarah-pengarah hospital di negeri ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Ayub berkata, sebanyak 616 botol cecair berperisa vape yang mengandungi nikotin telah dirampas daripada enam buah premis menjual bahan itu di Johor Bahru dalam serbuan, Khamis lalu.

Menurutnya, nilai rampasan oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi negeri itu berjumlah RM23,015 melibatkan 146 jenis cecair berperisa yang mengandungi unsur nikotin.

“Perisa yang terkandung dalam cecair vape mengandungi nikotin memberi kesan sama seperti nikotin dalam rokok tradisi dan cecair rokok elektronik yang mengandungi nikotin itu merupakan bahan terkawal di bawah Akta Racun 1952, iaitu penjualannya tanpa lesen merupakan satu kesalahan di bawah akta tersebut,” tegasnya. – Utusan Malaysia
-malaysiastylo-

Tiada ulasan: