"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Saya tetap tegur walaupun nyawa jadi taruhan – Husam Musa

Mohamad Fadli 
PETALING JAYA: Datuk Husam Musa menegaskan beliau tidak akan berhenti membuat teguran mengenai kerajaan perpaduan walaupun keselamatan dirinya dan keluarga terancam.

Bekas Naib Presiden Pas itu berkata, teguran itu dibuat berlandaskan pegangannya untuk terus menegur sekiranya kerajaan negeri dan Pas membuat kesalahan.

“Sungguh pun saya merasa gentar akan keselamatan saya dan keluarga, InsyaAllah saya tidak akan berganjak dari tugas saya membuat teguran yang benar mengikut hemat dan pegangan perjuangan saya, hatta jika nyawa saya menjadi taruhan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Husam sebelum ini mengakui beliau menerima ugutan daripada seorang lelaki melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang dihantar ke telefon bimbit isterinya Isnin lalu, yang dipercayai susulan tegurannya kepada kerajaan negeri.

Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salur berharap kerajaan negeri menimbang tegurannya dengan sebaiknya.

“Saya juga berharap pihak keselamatan menjalankan siasatan dengan bersungguh-sungguh demi mengelakkan provokasi dan kejadian yang lebih buruk,” katanya lagi.

Husam telah membuat laporan polis di Balai Jalan Tun Razak dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu berhubung ugutan yang diterimanya.

“Berdasarkan kandungan pesanan SMS, saya berat mengagak teguran kepada kerajaan negeri adalah punca ugutan itu diterbitkan.

“Dari enam teguran utama saya, tiga adalah berkaitan pembalakan dan ladang, khususnya kelulusan hutan simpan kekal untuk tujuan perladangan,” katanya.
-fmt-

Tiada ulasan: