"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki maut bila bumbung keretanya dihempap orang terjun dari tingkat 13 sebuah hotel untuk bunuh diri (Gambar)

FMT Reporters
Lelaki-maut
PETALING JAYA: Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) maut selepas kereta yang dipandunya dihempap seorang lelaki dipercayai terjun dari tingkat 13 sebuah hotel di Banda Hilir, Melaka pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa Arfan Syazani Salahudin, 19, yang menaiki Perodua Viva baru tiba di tempat letak kereta hotel berkenaan sebelum dihempap satu objek dari atas.

“Hasil hentakan objek berkenaan (lelaki yang terjun) mengakibatkan bahagian bumbung kereta kemek dan terkena mangsa yang merupakan pekerja sambilan di hotel berkenaan.

“Mangsa cedera parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala lelaki berusia 43 tahun yang terjatuh di atas kereta mangsa mengalami kecederaan parah dan turut meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Melaka kira-kira jam 3 petang,” katanya yang dipetik dari Berita Harian Online.

Shaikh berkata, lelaki dari Bukit Katil yang dipercayai terjun dari tingkat 13 itu mendaftar masuk seorang diri di hotel berkenaan kira-kira jam 9.40 pagi tadi.

Shaikh Abdul Adzis berkata kes kematian remaja yang berasal dari Bukit Rambai itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Tiada ulasan: