"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Artis popular mengaku diraba, dicium tukang kebun

Maia Estianty-
Penyanyi popular Indonesia Maia Estianty, 40, baru-baru ini membuat pengakuan mengejutkan bahwa dia pernah mengalami gangguan seksual daripada seorang tukang kebun.

Kejadian tersebut berlaku ketika usia bekas isteri penerbit juga pengasas kumpulan Dewa, Ahmad Dhani, ini masih di bangku sekolah.

“Saya pernah mengalami gangguan seksual. Tidak sampai tahap diperkosa tetapi saya diraba dan dicium. Waktu itu saya tidak tahu apa-apa sama sekali,” katanya seperti yang dipetik sumber laporan media Indonesia.

Bercerita lanjut, Maia berkata kejadian itu berlaku ketika dia berada di rumah bapa saudaranya. Selepas kejadian Maia terus mengadu kepada pembantu rumah.

“Waktu itu saya kelas 2 SD, dan tinggal di rumah Om (pakcik) saya. Saya terus mengadu kepada pembantu rumah dan pembantu rumah kami terus berang terhadap tukang kebun itu,” katanya.

Bagaimanapun hal itu pun masih dirahasiakan daripada pengetahuan pakciknya. Hanya baru sekitar dua tahun yang lalu, Maia menceritakan kisah kurang enak ini kepada bapa saudaranya itu.

“Saya tidak beritahu sama Om saya kerana saya bukan warga negara sini. Baru sekitar dua tahun lalu saya memberitahunya lalu dia terus mengamuk dan marah terhadap apa yang berlaku ke atas diri saya,” tutur ibu tiga anak ini.

Mujur kejadian hitam itu tidak membuatkan Maia trauma cuma tiap kali mengingatkan mengenai sentuhan-sentuhan itu, dia mengganggap seolah-olah itu hanya sentuhan pada bahunya saja.

“Tidak, kerana pada ketika itu saya tidak tahu apa-apa. Saya juga tidak diberi pendedahan mengenai pendidikan seks yang sebenar. Ketika diraba-raba seolah-olah bahu kita dipegang dan saya anggap biasa saja kerana tidak memahami apa-apa. Alhamdulilah waktu itu saya tidak diperkosa. Jadi saya tidak trauma namun kejadian itu tetap membekas kerana pengalaman silam,” katanya.

Kejadian tersebut membuat Maia selalu waspada dengan kaum lelaki yang hendak menggodanya.

“Setiap kali ada lelaki yang cuba menghampiri saya, saya akan memukul mereka. Kebetulan saya pernah belajar karate,” dedahnya.

Maia berharap kejadian serupa tidak akan berlaku kepada keluarganya. Malah, Maia juga sentiasa berpesan keppada para ibu bapa agar tetap berwaspada dengan orang-orang dewasa yang berada di sekitar anak-anak mereka.

“Saya berharap keluarga, anak-anak saudara saya juga teman-teman sekeliling yang punya anak, tidak mengalami hal sama seperti saya. Saya berpesan kepada ibu bapa mereka agar berhati-hati pada tukang kebun atau kepada sesiapa pun,”” katanya.
-kualalumpurpost-

Tiada ulasan: