"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Laungan ‘Allahu Akbar’ iringi syahadah 4 individu di Stadium Hoki Bukit Jalil

Athirah Huda Zalhe
zakir-btjalil7
KUALA LUMPUR, Ahad – Stadium Hoki Bukit Jalil di sini bergema dengan laungan takbir ‘Allahu Akbar’ awal pagi ini setiap kali selepas empat penganut agama lain mengucap kalimah syahadah pada program menampilkan penceramah Islam terkemuka, Dr Zakir Naik.

Mereka, termasuk dua wanita tempatan, iaitu Harinder Pal Singh dari India; seorang lelaki tempatan dikenali sebagai Joel, dan dua wanita tempatan iaitu Euroshia dan Michelle, mengucap kalimah syahadah pada sesi soal jawab yang bermula seawal jam 5 petang semalam dan berlarutan hingga jam 2 pagi tadi.

Sebelum ini, Harinder adalah penganut Sikh, Joel dan Euroshia adalah penganut Kristian Roman Katholik, manakala Michelle beragama Buddha.

Pada sesi soal jawab berkenaan, Euroshia bangun meminta Dr Zakir Naik mengajarnya mengucap tanpa mengemukakan apa-apa soalan membuatkan ribuan hadirin terkejut dan hiba selepas dia mengucapkan kalimah syahadah.
zakir-btjalil6
Euroshia yang mengenakan jubah serta bertudung hitam itu tampil meminta pendakwah terkemuka itu mengislamkannya.

“Saya tidak mahu bertanya soalan, tetapi mahu mengucapkan dua kalimah syahadah,” katanya.

“Masy-Allah. Saudari, kamu percaya bahawa Tuhan hanya satu? Dan Muhammad SAW itu pesuruh Allah?,” soal Dr Zakir Naik.

“Ya, saya percaya,” jawab Euroshia .

“Alhamdulillah, saudari ikut saya mengucap dalam bahasa Arab,” kata Dr Zakir Naik.

Dr Zakir Naik yang dalam siri jelajah Malaysia kemudian mengajar wanita itu mengucap dua kalimah syahadah.

Detik mengharukan itu telah mendapat tepukan gemuruh dan laungan takbir oleh hampir 30,000 hadirin di stadium berkenaan.
zakir-btjalil5
Terdahulu, seorang lelaki warga India berbangsa Punjabi turut memeluk Islam dalam program berkenaan.

Beliau nekad mengucapkan dua kalimah syahadah sejurus mendengar jawapan daripada Dr Zakir Naik berhubung soalannya.

Harinder Pal Singh, 23, rela hati memeluk Islam selepas mendengar penjelasan Dr Zakir Naik membuktikan wujud persamaan antara al-Quran dan kitab agama yang diikutinya sebelum ini, bahawa Allah hanya satu dan Nabi Muhammad SAW pesuruhnya.

“Sekarang saya jelas bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah,” katanya.

Harinder juga berkata, bahawa kemahuannya memeluk Islam bukan kerana menerima sebarang bayaran daripada sesiapa mahupun tekanan oleh mana-mana pihak.

“Tiada siapa yang memaksa saya,” katanya.

Sebelum ini, seorang remaja Kristian berasal daripada Johor, Wu Nina Grace telah memeluk Islam ketika mengikuti ceramah Zakir Naik di Padang Astaka, Kemaman, Terengganu.

Joel dan Michelle juga turut mengucapkan kalimah syahadah.

Tiada ulasan: