Seorang lelaki bertindak diluar kawalan apabila sanggup menikam saudara kandungnya kerana berpakaian seksi.
Kejadian yang berlaku di Kaherah Mesir itu dilaporkan oleh portal Emirates27, seorang warga Mesir menikam adik perempuannya sendiri hingga mati kerana memakai pakaian ketat.
Dalam kejadian itu, abang mangsa yang mengunjungi rumah kakaknya yang tinggal di Kaherah apabila ternampak adik perempuannya yang berada di rumah kakaknya itu berpakaian ketat.
Lelaki itu bertindak menikam adiknya di hadapan kakak mereka di kediaman wanita itu.
Menurut kakak mangsa yang menyaksikan kejadian itu, tertuduh bertengkar dengan adik perempuannya kerana tidak berkenan dengan cara pemakaian mangsa dan menyuruh mangsa mengenakan pakaian yang lebih sopan.
“Mangsa enggan berbuat demikian. Dia pergi ke dapur, ambil pisau, dan tikam adik perempuan saya hingga mati.
“Saya tidak mampu lakukan apa-apa kerana saya begitu takut dia mungkin akan bunuh saya dan anak-anak saya,” kata wanita itu kepada polis sebagaimana ditukil Emirates247
-kualalumpurpost-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan