"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib pikat PAS untuk kekal berkuasa

TERDESAK untuk menangi undi Melayu, Perdana Menteri Najib Razak dilihat cuba berbaik dengan musuh tradisinya PAS, sebuah parti Islam yang mahu undang-undang syariah dilaksanakan di Malaysia, lapor Bloomberg hari ini.

Walaupun ia tidak mungkin berlaku, kerjasama itu akan memberi kelebihan kepada Umno dan PAS. Jalinan kerjasama antara parti itu memberi kelebihan kepada Najib untuk Umno mempengaruhi undi masyarakat Islam, manakala Presiden PAS Abdul Hadi Awang kini lebih banyak peluang untuk mempengaruhi kerajaan berhubung polisi.

Najib membenarkan Hadi bentangkan rang undang-undang untuk memperkasakan mahkamah syariah, satu tindakan yang menimbulkan kebimbangan segelintir pihak ia akan membuka laluan kepada hudud di Malaysia.

Najib juga bekerjasama dengan pemimpin PAS untuk membantu minoriti Rohingya yang beragama Islam di Myanmar.

Isu kaum, etnik, bahasa Melayu dan terutamanya Islam sangat dekat di hati rakyat Malaysia, kata Mohamed Mustafa Ishak yang merupakan pensyarah pengajian politik dan antarabangsa di Universiti Utara Malaysia.

Najib sedar perkara itu. Malah beliau cuba untuk menjadi wira kebajikan masyarakat Islam berikutan pilihan raya umum yang semakin hampir.

Namun memberi keutamaaan kepada pengundi Islam adalah berisiko, jika tidak "sangat berbahaya" di negara dengan minoriti Cina dan India yang besar dan sejarah keganasan etnik.

“Ia juga boleh secara tidak langsung mengalakkan ekstremis agama dan fundamentalis untuk menyebarkan ideologi sesat mereka,” kata penasihat Pusat Penyelidikan Pasifik Malaysia Oh Ei Sun.

Namun Ketua Umno Kuala Terengganu Sabri Alwi berkata tindakan Umno bekerjasama dengan PAS adalah betul.

“Kami orang Islam, PAS juga Islam, kami boleh bersama,” kata Sabri.

“PAS sangat fleksibel mengenai rakan kerjasama selagi ia ke arah kepentingan Islam, kata anak kepada Hadi, Muhammad Khalil yang juga ketua pemuda PAS.

“Kami sedia bekerjasama dnegan mana-mana pihak atau parti,” katanya bulan lalu di ibu pejabat parti itu di Kuala

"Apa yang penting ialah ia memberi manfaat kepada Islam dan ia memberi manfaat kepada umat Islam Melayu.

“Kami jadikan Islam sebagai asas dan orang Melayu mesti menjadi asas kepada sistem pemerintahan politik negara.”

Ketua PAS Kuala Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah berkata “PAS adalah sama dengan Hamas,” merujuk kepada organisasi kebebasan Palestin. “Dan Umno adalah seperti Donald Trump. Kedua-duanya tidak bercampur.”

Namun, kedua-duanya “bekerja bersama demi kepentingan rakyat dan Islam. Itu lebih penting.” – 26 Ogos, 2017.

Tiada ulasan: