"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penumpang Dikesan Lakukan Seks Dalam Pesawat

SATU pasangan dikesan melakukan hubungan seks dalam penerbangan awal pagi dari Atlanta, Georgia ke Las Vegas, minggu lalu.

Kru kabin penerbangan Southwest Airlines menghubungi polis selepas pasangan tersebut enggan menghentikan 'aktiviti' mereka.

Polis Metro kemudiannya mengadakan pertemuan dengan pasangan terbabit sebaik sahaja pesawat mendarat di Las Vegas pada pagi Sabtu lalu.

Pasangan tersebut bagaimanapun dilepaskan dengan amaran.

Tiada penahanan berlaku dalam insiden itu.

Menurut laporan Las Vegas Review Journal, jurucakap Lapangan Terbang McCarran, Michael Oram berkata, pasangan itu dilaporkan 'bersama' dalam penerbangan.

Beliau berkata: "Mereka tidak dapat mengawal diri mereka." - Mail Online
-mstar

Tiada ulasan: