"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pukulan mati intai isteri: LIMA sahabat dihukum penjara selama lima tahun dan denda RM5,000


LIMA sahabat dihukum penjara selama lima tahun dan denda RM5,000 kerana menyebabkan kematian lelaki.

Kuala Terengganu: Lima sahabat yang mengambil tindakan sendiri dengan memukul seorang lelaki kerana mengintai isteri seorang daripada mereka, sehingga mati menerima padah apabila dihukum penjara selama lima tahun dan denda RM5,000 di Mahkamah Tinggi, semalam.


Wan Mohamad Redzuan Wan Latif, Mohd Zaimizan Ismail, Mohd Al Ambari Ahmad, Amiruldi Ramli dan Mohd Zulkifli Zainal Abidin turut berdepan tambahan hukuman penjara dua tahun sekiranya gagal menjelaskan denda.

Keputusan dibuat Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz selepas lima tertuduh berkenaan yang berusia antara 25 hingga 33 tahun mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Mengikut pertuduhan, lima sahabat itu didakwa menyebabkan kematian Mohamad Zailani Abd Aziz, 22, dengan mengetahui perbuatan itu mungkin menyebabkan kematiannya.

Semua tertuduh mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Bujal, Air Jernih, Kemaman, antara jam 8.30 pagi hingga 11.15 malam pada 30 November 2014.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fadhli Mahmud manakala tertuduh diwakili peguam daripada Tetuan Ghazali Ismail & Co.

Media sebelum ini melaporkan seorang pemuda maut dibelasah lima lelaki selepas dipercayai mengintai isteri seorang daripada mereka di Kampung Bujal.

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kemaman kerana parah di beberapa anggota badan.
-hmetro

Tiada ulasan: