"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Imam mengaku cabul budak 8 tahun (Gambar)


Kota Bharu – Seorang imam warga Kemboja mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas dakwaan mencabul kehormatan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, 11 Disember lalu.

Tertuduh, Nory Kai, 28, membuat pengakuan itu di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Tuan Ruzuaini Tuan Lah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyentuh kemaluan dan mencium pipi kanan, kiri serta mulut mangsa di Musalla Al Barakah Wakaf Stan, di sini, pada jam 7 malam, 11 Disember lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Fellina Abu Bakar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 23 Januari tahun depan bagi menjatuhkan hukum. 
-BH Online

Tiada ulasan: