"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kalau hendak keluar, keluarlah, Adun Pas Selangor ditempelak

MALAYSIA DATELINE
Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, terdapat pihak-pihak tertentu menempelak Adun Pas Selangor yang menurut dakwaannya difitnah akan keluar Pas dan menyertai PKR menjelang pilihan raya umum nanti, sehingga ada yang berkata hendak keluar, keluarlah.

“Semoga Allah memberi kekuatan kapada Adun-Adun Pas Selangor yang teruk difitnah sejak akhir-akhir ini. Mereka dikatakan hendak keluar dari Pas dan menyertai PKR kerana sayangkan jawatan.

“Saya lihat tidak ramai yang memberi sokongan kepada mereka ketika fitnah ini dilempar. Malah ada yang menempelak kalau hendak keluar, keluarlah.

“Ada pula yang berkata kalau hendaklah keluar, keluarlah sekarang. Sebelum PRU. Seolah-olah bersetuju dengan berita yang disebar.
Kenapa begitu cepat mempercayai fitnah tersebut?” Kata Adun Cempaka itu dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mempersoalkan, kenapa meletakkan nilai dan integriti Adun-Adun Pas ini begitu rendah sehingga mengesyaki mereka akan melompat?

“Sayang ramai yang lupa apa yang telah terjadi ketika berlaku Kajang Move. Adun-Adun inilah yang berdiri teguh di belakang Presiden.

“Adun-Adun inilah yang menyokong penuh keputusan Presiden untuk mempertahankan Tan Sri Khalid. Walaupun tekanan dan pujukan diterima amat hebat sehingga 2 Adun kecundang tetapi 13 Adun ini tidak berganjak.

“Kalau hendak dibangkitkan tentang hilang jawatan, kemungkinan kehilangan jawatan ketika itu adalah lebih tinggi. 13 Adun terus istiqamah walaupun ada kemungkinan Pas akan terkeluar daripada kerajaan ketika itu.

“Jika mereka bimbang kehilangan jawatan maka sudah tentu mereka akan menurut jejak Hulu Kelang dan Morib. Tetapi mereka tidak. Mereka terus kekal menyokong keputusan Presiden.

“Hari ini ramai yang pandai bercakap, “nasi tambah” atau opportunis tetapi mereka tidak pernah walaupun 10 peratus merasai tekanan yang dirasai oleh 13 orang Adun itu ketika Kajang Move. Bukan mereka sahaja yang terkesan tetapi keluarga mereka.

“Saya bukan meminta-minta agar jasa mereka dihargai. Saya bukan meminta-minta agar pengorbanan mereka dikenang. Hanya jangan menghina mereka,” kata Pesuruhjaya Pas Selangor itu lagi.

Tiada ulasan: