FMT Reporters
PETALING JAYA: Seorang wanita ditahan kerana didakwa mencuri cincin berlian bernilai lebih RM20,000 dengan menelan barang kemas itu.
Oriental Daily dilaporkan berkata, kejadian itu berlaku di sebuah kedai barang kemas di Taman Bukit Indah, Johor Bahru, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintenden Noor Hashim Mohamad dipetik akhbar itu berkata, polis menerima aduan kecurian daripada kedai barang kemas itu pada jam 3.30 petang Jumaat lalu berhubung sebentuk cincin berlian bernilai RM20,399.
Ketika kejadian, wanita itu membawa anaknya ke kedai itu untuk memilih barang kemas, tetapi tidak lama kemudian, dia meminta air daripada pekerja premis berkenaan.
Katanya, pekerja mendapati sebentuk cincin berlian hilang selepas wanita itu selesai minum air.
Hashim berkata, wanita berusia 43 tahun itu pada mulanya tidak mengaku mencuri cincin itu, tetapi rakaman kamera litar tertutup dengan jelas merekodkan proses suspek menelan cincin berkenaan.
Katanya, polis kemudiannya menahan wanita terbabit dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan