"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dulu warga Felda tak berani, sekarang ramai datang ceramah Pakatan Harapan (Gambar)

ARIF ATAN 
Dulu warga Felda tak berani, sekarang ramai datang ceramah Pakatan Harapan
Semakin ketara sokongan secara terbuka warga Felda kepada Pakatan Harapan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) termasuk menghadiri siri ceramah anjuran gabungan pembangkang itu.

Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional, Mazlan Aliman berkata situasi positif itu menyaksikan golongan peneroka Felda semakin menyedari tentang banyak hak mereka pada masa ini yang tidak dipedulikan pemerintahan BN yang korup.
Warga Felda semakin ketara menunjukkan sokongan kepada Pakatan Harapan.
Mengulas sambutan terhadap ceramah Pakatan Harapan di Felda Ulu Tebrau malam tadi, beliau yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) memberitahu, sambutan masyarakat setempat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.

“Alhamdulillah. Sambutan yang amat baik. Telah diketahui umum, bukan mudah untuk menembusi kawasan Felda. Jika buat pun, peneroka tak berani hadir,” jelasnya kepada Malaysia Dateline.

Ketua AMANAH Parlimen Tebrau berkenaan berkata, tambah menggembirakan apabila golongan muda juga hadir dalam siri Jelajah Selamatkan Felda itu yang turut dibarisi pemimpin PKR dan PPBM.

“Ramai generasi kedua dan ketiga Felda Ulu Tebrau termasuk yang bekerja di luar, sanggup balik semata-mata untuk hadir ceramah malam tadi.

“Dapat dirasakan mood perubahan di kalangan warga Felda khususnya golongan muda. Tahniah atas kesedaran warga Felda. Sesuatu yang saya impikan selama ini,” ujarnya lagi.

Selain Mazlan, pemimpin yang juga berceramah bekas Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar; Naib Presiden PPBM, Datuk Abd Rashid Asari; Setiausaha Organizasi AMANAH Nasional, Suhaizan Kaiat dan Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Faiz Fadzil.

Turut serta Setiausaha Bersatu Johor, Datuk Osman Safian; Ketua Bahagian PPBM Tebrau, Mazlan Bujang dan Ketua Cabang Keadilan Tebrau, Steven Choong.
Datuk Mahfuz Omar mendapat perhatian Wanita Bersatu untuk bergambar kenangan.
Untuk rekod, Mazlan sebelum ini pernah mendedahkan beliau sendiri pernah didatangi broker yang menjadi orang tengah syarikat tertentu untuk membangunkan Felda Ulu Tebrau sebagai Bandar Baru.

Beliau bagaimanapun menentang keras cadangan yang dilihat menggadai tanah orang Melayu itu kerana tidak mahu mengulangi nasib dialami peneroka Felda Cahaya Baru dan Felda Sungai Buaya.

Masalah kepincangan urus tadbir Felda sehingga membawa kepada isu tanah 360,000 hektar yang dipajak Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) selama 99 tahun serta kegagalan anak syarikat Felda iaitu Felda Technoplant Sdn. Bhd. (FTP) menguruskan kebun peneroka menjadi antara masalah yang membebankan majoriti warga Felda pada masa ini.

Menjelang PRU-14, daftar pengundi baharu menunjukkan terdapat kira-kira 570,000 pengundi terdiri daripada warga Felda di seluruh negara.

BN pada PRU-13 lalu tewas dua kerusi Parlimen Felda iaitu di Raub dan Dungun masing-masing kepada DAP dan Pas. Pakatan Harapan akan meletakkan calon Keadilan untuk bertanding di Parlimen Tebrau yang mengandungi Felda Ulu Tebrau.

Tiada ulasan: