"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tun Dr Mahathir cabar KJ bertanding di Langkawi

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencabar Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk berdepan dengannya di Langkawi pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Kenyataan bekas perdana menteri itu dibuat sebagai mengulas komen Khairy yang memperkecilkan sumbangan Dr Mahathir ke pulau Mahsuri berkenaan.
Kata Khairy tidak mungkin Dr Mahathir mampu membangunkan pulau peranginan itu secara bersendirian, sebaliknya dibantu jentera Umno dan BN.
Justeru Dr Mahathir hari ini membalas kenyataan menteri belia dan sukan itu dengan satu ayat ringkas.
“Suruh dia bertanding dengan saya di Langkawi,” katanya.
Bekas perdana menteri itu ditemui media selepas menghadiri majlis perayaan Ponggal di Kapar, Kelang hari ini.
Semalam Khairy menegaskan walaupun Dr Mahathir banyak berjasa kepada pembangunan di Pulau Langkawi, kemajuan itu tidak mungkin berlaku tanpa sokongan parti yang telah mengangkatnya menjadi perdana menteri.
“Bayangkan kalau BN tidak ada kuasa, tidak ada peruntukan, Langkawi tidak akan membangun,” katanya semasa menghadiri program Dialog Santai Bersama Anak Muda Langkawi pada 2 Feb.
Bertanding, tapi entah di mana
Mengakui rakyat Langkawi masih bernostalgia dengan era Dr Mahathir masih memegang tampuk pemerintahan negara, Khairy berkata mereka perlu memikirkan tentang masa depan golongan muda.
Langkawi menjadi satu daripada kerusi parlimen yang disasarkan Dr Mahathir dalam PRU ke-14 yang mesti diadakan selewat-lewatnya Ogos ini.



Langkawi mempunyai kedudukan yang penting kepada Dr Mahathir apabila beliau melaksanakan pelbagai projek di pulau berkenaan sehingga ia menjadi terkenal di seluruh dunia.
Selain Langkawi tiga kawasan lain yang mungkin menyaksikan kemunculan semula Dr Mahathir dalam politik negara ialah Kubang Pasu di Kedah, atau Putrajaya.
Langkah itu dibuat selepas Pakatan Harapan menamakan beliau sebagai calon perdana menteri jika mereka berjaya mengetepikan BN - untuk kali pertama dalam sejarah negara - daripada tampuk kuasa.



Sementara itu mengulas mengenai PRU ke-14 Dr Mahathir berkata beliau tidak pasti sama ada anaknya - yang juga timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia - akan bertanding di Selangor.
Buat masa ini Datuk Seri Mukhriz Mahathir ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam di Kedah.

Asalnya Mukhriz ialah anggota parlimen Jerlun namun BN menyusun strategi meletakkan beliau bertanding di peringkat DUN untuk merampas semula kerajaan negeri daripada Pakatan Rakyat.
Strategi itu berjaya dan Mukhriz dilantik menjadi menteri besar. Bagaimanapun BN kemudian mengetepikan Mukhriz daripada kerusi menteri besar dan menggantikannya dengan ADUN Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Kata Dr Mahathir beliau tidak mempunyai maklumat mengenai kerusi yang akan ditandingi Mukhriz.
"Saya tak tahu. Dia akan bertanding tetapi saya tak tahu di mana," katanya.
-malaysiakin

Tiada ulasan: