"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Muhyiddin mungkin tanding 2 kerusi, kembali ke DUN Johor

Chan Kok Leong

SELEPAS 28 tahun, bekas menteri besar Johor Muhyiddin Yassin kini kembali dan bersedia untuk bertanding di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Johor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ini tambahan kepada kerusi Parlimen Pagoh yang dijangka akan dipertahankannya , kata sumber dari Bersatu.

Menurut sumber parti itu, Muhyiddin boleh memberi lebih tekanan kepada kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN) jika bertanding di kedua-dua kerusi DUN dan Parlimen.

“Permintaan untuk beliau ketuai pertandingan di Johor datang daripada semua pemimpin parti komponen PKR, DAP dan Amanah,” katanya.

Muhyiddin, yang juga timbalan presiden dan pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, pernah menjadi Adun Bukit Serampang ketika menjadi MB pada 1986-1995.

Bekas timbalan perdana menteri itu memulakan kerjaya politik di Parlimen Pagoh (1978-1986) sebelum beralih kerusi DUN dan dilantik sebagai MB.

Selepas menerajui Johor selama dua penggal, Muhyiddin kembali ke kerusi Pagoh dan menyandangnya selama lima penggal berturut-turut (1995-2013).

Kerusi DUN Bukit Serampang pada masa ini dipegang oleh Ismail Mohamed (BN-Umno) yang memenanginya dengan 70.2% undi menentang Saadon Abdullah (PKR) pada PRU 20133. Bukit Serampang ialah DUN di dalam kawasan Parlimen Pagoh.

Keputusan untuk Muhyiddin bertanding dua kerusi itu disahkan oleh seorang lagi sumber daripada DAP.

“Kami sangat serius tentang mengambil Johor dan dengan pengalaman beliau, Muhyiddin yang paling tepak untuk menawan pengundi, jentera dan orang lain,” kata sumber itu.

BN berdepan kempen bertenaga daripada PH untuk menewaskan mereka daripada kerajaan Johor, di mana negeri itu benteng Umno.

Kaji selidik baru-baru ini oleh Merdeka Center mendapati 51% warga Johor terbuka dengan idea memberi peluang parti lain mentadbir negeri itu.

Gambir, Tenang dan Permas

Sementara itu, seorang lagi sumber memberitahu The Malaysian Insight bahawa Bersatu belum lagi memutuskan kerusi DUN mana yang akan ditandingi oleh Muhyiddin pada PRU14.

“Tetapi kerusi itu daripada Bersatu. Tiga kerusi yang sedang dipertimbangkan ialah Tenang, Gambir dan Permas,” kata sumber.

 Antara ketiga-tiga kerusi itu, Permas dijangka paling sukar kerana disandang oleh Menteri Besar Khaled Nordin.

Pada PRU 2013, bekas menteri kerja raya, pendidikan tinggi dan pembangunan usahawan dan koperasi itu menukarkan 23 tahun kerja politiknya di peringkat persekutuan untuk kembali ke kerusi DUN dan menerajui Johor sebagai menteri besar.

Pada PRU13, Khaled, 60, menang kerusi Permas dengan 55.9% undi menentang calon PAS, Syed Othman Abdullah. Permas ialah kerusi DUN di bawah Parlimen Pasir Gudang dengan margin 13.5%.

“Sukar untuk melawan penyandang jawatan MB di negerinya tetapi ia bakal menjadi pertembungan antara bekas MB dan MB sekarang,” kata sumber.

Kerusi lain yang sedang diintai untuk pemimpin berusia 70 tahun itu ialah Gambir dan Tenang, kata sumber.

Gambir pada masa ini dipegang oleh M Asojan Muniyandy (BN-MIC), yang memenanginya dengan margin kecil iaitu 0.7% atau 310 undi.

Beliau menewaskan Mahfodz Mohamed daripada PAS dalam pertandingan empat penjuru dalam jumlah undi 46.6%. Gambir terletak di kawasan Parlimen Ledang.

Tenang, di dalam Parlimen Labis dijangka memberikan saingan sengit juga kerana penyandangnya Mohd Azahar Ibrahim menang dengan margin 10.9%.

Pada PRU lalu, Azahar menewaskan calon PAS, Md Zin Johar menerusi jumlah keluar mengundi sebanyak 54.3%.

Tiada ulasan: