"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kantoi dirakam CCTV

ROHANA ISMAIL

Rakaman CCTV menunjukkan dua lelaki yang memecah masuk kedai bahan binaan di Kampung Kubang Batang.
TUMPAT - Perbuatan dua lelaki menyelongkar kedai bahan binaan di Kampung Kubang Batang berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Bagaimanapun kejadian itu hanya disedari pemilik kedai, Norhayati Mohammad, 41, pada jam 8 pagi kelmarin ketika mahu membuka kedainya.

Norhayati berkata, dia terkejut apabila pintu hadapan kedainya terbuka sedangkan dia yakin semua pintu ditutup selepas tamat berniaga jam 7 petang.

“Ada kesan umpil pada pintu depan dan sebaik melangkah masuk ke dalam, terkejut melihat barang-barang dalam kedai berselerak,” katanya.

Menurutnya, selepas pemeriksaan lanjut mendapati mesin rumput, mesin canai, mesin dril dan beberapa lagi barang hilang.

Katanya, melalui rakaman CCTV, kedainya dipecah masuk kira-kira jam 4 pagi oleh dua lelaki yang datang menaiki kereta Perodua Kancil berwarna biru.

“Selepas menurunkan dua lelaki itu, kereta terbabit terus pergi.

“Wajah pencuri itu tidak jelas kerana kedua-dua lelaki itu menutup muka, mungkin dia tahu ada CCTV,” katanya.

Norhayati berkata, dia menganggarkan kerugian lebih RM3,000 dan ini kejadian kedua kedainya dimasuki pencuri kerana sebelum ini lori yang dipakir di dalam pagar kedai selepas waktu kerja lesap.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintendan Mazuki Mat mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 453 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan: