"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Sempadan baru: HARAPAN, PAS hilang tujuh kerusi di S'gor

LAPORAN SPR l Laporan kajian terakhir persempadanan semula kawasan pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya untuk Semenanjung Malaysia yang dibentangkan di Parlimen hari ini, akan menyaksikan kemenangan buat BN pada pilihan raya umum ke-14.
Persempadanan baru itu hampir pasti diluluskan memandangkan laporan itu tidak mencadangkan sebarang tambahan kerusi yang bermakna hanya undi majoriti mudah diperlukan di Dewan Rakyat untuk ia dikuatkuasakan.
Sebahagian besar perubahan adalah di Selangor yang akan menyaksikan BN merampas tujuh kerusi DUN dari Pakatan Harapan dan PAS berikutan persempadanan baru itu.
Kerusi berkenaan adalah Ijok, Pelabuhan Klang, Sementa, Morib, Selat Klang, Sijangkang dan Dusun Tua.
SPR, selepas bantahan terhadap cadangannya, kembali ke status quo dalam draf kedua. Walau bagaimanapun, versi akhir pula sebahagian besarnya berdasarkan draf pertama yang kontroversial itu.

Satu-satunya perbezaan antara draf pertama dan versi akhir adalah:
  1. Kem Sungai Buloh (BN won by 1,251 votes) is moved back from Paya Jaras to Kota Damansara.
  2. Kampung Budiman (BN won by 229 votes) is moved back from Kota Anggerik to Meru.
  3. Pinggiran Batu Caves and Taman Selaseh (PAS won by 564 votes) are moved back from Sungai Tua (Old name: Batu Caves) to Gombak Setia.
  4. Kampung Raja Uda Timur and Kampung Raja Uda Barat (BN won by 578 votes) are moved from Pandamaran to Selat Klang.
Malaysiakini pada tahun 2016 menjalankan analisis mengenai kesan persempadanan semula ke atas Selangor berdasarkan draf pertama.
Analisis itu diterbitkan semula di bawah dan dikemas kini dengan perubahan dalam laporan akhir yang disebutkan di atas.
Carta itu dibuat berdasarkan kiraan semula keputusan pilihan raya umum ke-13 dengan mempertimbangkan daerah-daerah pengundian yang telah dipindahkan atau dikeluarkan dari kerusi DUN tertentu.
Lihat carta di infogram.
Bagi kebanyakan kerusi di Selangor, daerah pengundian yang memihak kepada BN telah dipindahkan keluar dari kubu pembangkang dan dimasukkan ke dalam kerusi marginal.
Parti yang akan mendapat manfaat terbesar selepas persempadanan semula ini adalah BN dan DAP, manakala yang akan terjejas teruk adalah PKR, PAS dan AMANAH.
Ini kerana daerah pengundian yang pro-pembangkang akan dipindahkan ke kerusi milik DAP manakala daerah pengundian yang pro-BN pula dipindahkan ke kerusi marginal, yang kebanyakannya dimenangi oleh PKR, DAP dan AMANAH.
Berdasarkan data dari keputusan pilihan raya umum ke-13, persempadanan baru akan menyaksikan kerusi negeri BN di Selangor meningkat daripada 12 hingga 19 tetapi masih kekurangan sembilan kerusi untuk membentuk kerajaan negeri.
Lihat carta di infogram.
Walau bagaimanapun, dinamik pilihan raya umum ke-14 akan berubah secara dramatik memandangkan PAS tidak lagi bersama dengan Pakatan Harapan.
PAS juga berikrar akan bertanding menentang kedua-dua BN dan HARAPAN.
HARAPAN berharap kehilangan penyokong PAS dapat ditampung dengan penyokong BERSATU dengan mensasarkan kerusi tradisional Umno.
Sekiranya penyokong BERSATU gagal menyokong parti itu, bukan sahaja kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu akan hilang, tetapi kerusi yang dipertandingkan oleh sekutunya juga akan terjejas. Maka tidak mustahil DUN negeri Selangor akan tergantung dengan tidak ada parti yang boleh menubuhkan kerajaan kecuali mereka membentuk kerajaan campuran.

Tiada ulasan: