"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penunjuk perasaan berarak ke parlimen (video)

Di sebalik larangan polis, penunjuk perasaan antipersempadanan semula berarak dari Tugu Negara ke bangun parlimen.

Polis membiarkan sahaja tindakan itu tetapi tetapi mengekalkan barisan mereka di harapan kumpulan berbaju kuning itu.

Orang ramai berarak sambil melaungkan slogan "tangkap penyamun" dan "tolak laporan".

Sebahagian mereka mahu mengiringi rombongan BERSIH untuk menyerahkan surat bantahan kepada speaker Dewan Rakyat bagi mengelakkan laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dibahaskan, yang kesnya sedang berjalan di mahkamah.

Sebelum itu, di Tugu Negara, pemimpin kanan BERSIH berunding dengan polis untuk membenarkan 10 wakil mereka masuk ke parlimen.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual membentangkan laporan itu di Dewan Rakyat pagi ini.
-malaysiakini

Tiada ulasan: