"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Padah sebar gambar lucah bekas kekasih

Helmy Abd Rahman
KUALA TERENGGANU: Seorang pengurus restoran dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menyebarkan gambar lucah bekas kekasihnya yang juga seorang doktor tiga tahun lalu.

Tertuduh, Mohammad Khairul Abidin Abdul Rahim mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohammad Haldar Abdul Aziz.

Mengikut fakta kes, dia didakwa secara sedar memulakan penghantaran komunikasi bersifat lucah dengan niat untuk menganiayai pengadu.

Dia didakwa memuat naik kandungan lucah di dalam laman blog menggunakan aplikasi blogspot dan Wordpress mulai 16 Jun hingga 4 Julai 2015.

Perkara itu disedari pengadu yang terbaca kandungan itu di sebuah rumah di Chendering, Kuala Terengganu pada 3 Ogos tahun sama sebelum membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
a man standing in front of a computer: MOHAMMAD Khairul Abidin didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian untuk hantar komunikasi yang lucah sifatnya. - Foto Imran Makhzan
© Provided by Media Prima MOHAMMAD Khairul Abidin didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian untuk hantar komunikasi yang lucah sifatnya. - Foto Imran Makhzan
Mohammad Khairul Abidin didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan sabit kesalahan boleh dihukum setahun penjara atau denda RM50,000 atau kedua-duanya.

Mohamad Haldar membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dan mahkamah menetapkan syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu pengadu serta saksi pendakwaan.

Tertuduh yang gagal menjelaskan wang jaminan berkenaan terpaksa meringkuk di dalam lokap Penjara Marang.

Sesi pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sophian Zakaria manakala tertuduh diwakili peguam bela, Zul Basyar.

Tarikh sebutan semula kes ialah pada 15 April depan.

Tiada ulasan: