"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ramasamy, Maza akan bersemuka di Putrajaya

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof akan menganjurkan pertemuan tertutup antara Mufti Perlis dan P Ramasamy berhubung dakwaan Timbalan Ketua Menteri ll Pulau Pinang itu terlibat dalam gerakan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Menurut Mujahid, pertemuan antara Ramasamy dan Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin itu dijangka diadakan pada bulan ini dan mencadangkan ia dilakukan di Putrajaya.

"Dua hari lepas saya berhubung dengan Ramasamy dan saya juga telah berhubung dengan Dr Maza (Mohd Asri Zainul Abidin).

"Saya baru dapat berita yang baik tadi daripada kedua-dua pihak. Mereka bersetuju untuk bertemu dengan saya sebagai orang tengah dan ia tertutup," katanya kepada media di parlimen hari ini.

Menjelaskan lebih lanjut Mujahid berkata langkah mengadakan pertemuan itu secara tertutup dibuat selepas melihat kesan ia diadakan secara terbuka.

"Kami melihat kesan kalau ia dibuat secara terbuka ia lebih buruk," katanya.
-Malaysiakini

Tiada ulasan: