"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Tahniah PAS Selangor, jelas dan terang: 'Ahli PAS perlu sahut seruan ABAH dari Nasrudin'

Shakira Buang
PRK SG KANDIS | Ahli PAS khususnya yang berada di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis perlu akur dengan arahan yang dikeluarkan parti iaitu menolak calon Pakatan Harapan (HARAPAN) pada pilihan raya kecil (PRK) itu, 4 Ogos ini.

Anggota perhubungan PAS Selangor, Ahmad Dusuki Abd Rani berkata arahan tersebut perlu dipatuhi sepertimana dalam kenyataan yang dikeluarkan ketua penerangannya, Nasruddin Hassan yang turut disertai slogan 'Asal Bukan Pakatan Harapan - ABAH'.

“Kita mengarahkan ahli PAS keluar mengundi, tetapi kita sebut kena dengar dan ikut arahan parti dan pimpinan.

“Setakat ini arahan parti adalah menolak HARAPAN seperti mana kenyataan yang dikeluarkan oleh ketua penerangan,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian ketika mengulas soalan di antara kenyataan dua pemimpin PAS, anggota PAS perlu mengikuti kenyataan siapa.

'Tak mahu pecah undi, tewaskan HARAPAN'

Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan melalui kenyataan di Facebooknya berkata ketiadaan calon PAS adalah kerana parti itu tidak mahu memecahkan undi bagi memudahkan pihak lain yang bertanding menewaskan calon HARAPAN.

Malah, dalam kenyataannya, Nasrudin itu turut disertai slogan 'Asal Bukan Pakatan Harapan - ABAH'.

Bagaimanapun, ia tampak berbeza dengan kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang menggesa anggota parti itu membuat pilihan berdasarkan pertimbangan wajar demi kepentingan Islam-Melayu dalam mengundi antara calon PKR dan Umno yang bertanding dalam PRK kali ini.

Mengulas lanjut soalan jika anggota PAS perlu memilih Umno-BN, memandangkan kecenderungan parti itu untuk diwakili rakyat Melayu-Islam, Dusuki berkata beliau yakin pilihan itu ada.

“Tak semestinya, pengundi ada pilihan. Ahli PAS boleh berkecuali, banyak lagi pilihan yang kita ada,” katanya.

Jemaah akan tentukan
Bagaimanapun, semasa diminta mengulas lanjut Dusuki secara berkias berkata pengundi akan membuat pilihan dengan akur arahan parti.

“Jemaah yang akan menentukan dan dia dah ada dalam arahan jemaah, jadi kita minta ahli mengikut arahan jemaah,” katanya.

Kerusi DUN Sungai Kandis kosong susulan penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei daripada PKR meninggal dunia akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.

Pada pilihan raya umum ke-14, Mat Shuhaimi memperoleh 23,998 undi menewaskan calon BN daripada Umno, Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518); calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76).

Tiada ulasan: