"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Tony Pua dedah sebab dia tak dilantik jadi menteri

Ketika Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membentuk jemaah menteri kabinetnya selepas PRU14, timbul persoalan mengapa Anggota Parlimen Damansara Tony Pua tidak terpilih menjadi menteri.

Pua yang menang majoriti parlimen paling besar dalam PRU14 itu terkenal pengkritik hebat skandal 1MDB dan pernah menjadi anggota Jawatankuasa Akaun Kira-kira Awam (PAC) yang ditugaskan menyiasat syarikat pelaburan dana negara itu.

Pada suatu forum di kawasan parlimennya hari ini, Tony Pua mendedahkan sebab beliau tidak terpilih sebagai jemaah menteri adalah kerana beliau memilih berada dalam kerajaan sebagai pegawai khas kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

"Ia pilihan dan saya fikir ia pilihan tepat kerana kementerian kewangan sangat besar. Tiada seorang pun yang dapat mentadbirnya bersendirian.

"(Kami perlu untuk) bekerja dengan pegawai kementerian, melihat dasar-dasar, isu-isu... saya fikir keberadaan saya di situ membolehkan keadaan dapat diatur dnegan pantas.

"Itulah keputusan yang menggembirakan saya," kata beliau memberitahu forum anjuran DAP di Petaling Jaya hari ini.

Jadi 'macai' bantu Guan Eng

Pua dan MP Bangi Ong Kian Ming dilantik menjadi pegawai khas Lim bermula 22 Mei lalu tanpa sebarang bayaran.

Kemudian, Ong dilantik menjadi timbalan menteri perdagangan dan industri.

Menurut Pua kerja-kerjanya di kementerian kewangan lebih memberi kepuasan berbanding menjadi menteri atau timbalan menteri, maka sebab itulah beliau tidak dinamakan DAP dalam senarai cadangan menteri.

"Cukup jelas, mungkin saya boleh berbuat lebih banyak dengan menjadi 'macai' membantu Lim Guan Eng di Kementerian Kewangan melakukan perkara-perkara yang saya baik, melakukan perkara-perkara yang saya suka lakukan dan mendapat banyak kepuasan berbanding mengambil jawatan menteri atau timbalan menteri..."

"Bukanlah saya ini dipinggirkan parti, parti tidak mahu saya atau apa saja. Saya sendiri yang menaip (senarai menteri DAP) itu," katanya.
-malaysiakini

Tiada ulasan: