"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rasmi: PKR menang dengan majoriti 5842 undi

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara rasmi mengumumkan kemenangan PKR dalam pilihan raya kecil Sungai Kandis.

Calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni menang dengan majoriti 5,842 undi terhadap Lokman Noor Adam daripada BN.

Mengikut keputusan akhir, PKR memperoleh 15,427 undi berbanding 9,585 undi untuk BN.

Sementara itu, calon bebas K Murthy menerima 97 undi.

SPR juga berkata terdapat 173 undi rosak.

SPR memaklumkan keputusan rasmi menunjukkan jumlah pemilih keluar mengundi berada pada 49.4 peratus.
-malaysiakini

Tiada ulasan: